Warganet bengang, pemuda tergamak belasah bapa tiri tak dapat duit beli dadah

BARU-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan seorang pemuda membelasah bapa tiri.

Ia dipercayai berlaku susulan bapa tirinya enggan menuruti kehendak pemuda itu yang meminta wang bagi mendapatkan bekalan dadah.

Video yang memaparkan kejadian berlaku di Yan, Kedah itu benar-benar menyentap hati netizen. Rata-rata mereka mengecam kelakuan biadap lelaki berusia 30 tahun itu.

-“Ini semua durjana ‘tokan’ yang jual merosakkan anak-anak bangsa. Rosak punah sebuah keluarga.”

-“Bila jadi penagih dadah, kepala pun tidak boleh berfikir dengan waras. Sampikan ada yang sembelih ibu. Janganlah sesekali hendak merasa atau mulakan.”

Iklan
Iklan

*“Bila sudah bercinta dengan dadah, inilah akibatnya. Bukan bapa tiri sanggup di sepak terajang malah ibu kandung pun sanggup dilawan.”

Baca juga: Diuji anak sakit, suami kaki dadah? Ini saranan pakar buat para isteri diuji dugaan hidup

Berikut merupakan kronologi kejadian :

1-Kejadian berlaku di Kampung Ruat, Yan, Kedah kira-kira jam 8.30 pagi.

2-Ketika kejadian, bapa tiri dan ibu suspek berada dalam rumah sebelum didatangi suspek.

3-Kejadian dikatakan bermula di bahagian ruang tamu rumah.

4-Suspek telah masuk ke dalam rumah untuk meminta wang untuk mendapatkan bekalan dadah namun bapa tirinya enggan menuruti kehendaknya.

5-Bapa tiri berusia 72 tahun itu ditumbuk di kepala dan ditendang di bahagian dada.

6-Susulan bapa tiri dan ibu keluar dari rumah dan duduk di luar.

7-Ketika suspek ingin keluar dari rumah berkenaan, dia dipercayai menendang bahagian belakang badan bapa tiri.

8-Warga emas itu dilaporkan mengalami bengkak di bahagian telinga kiri akibat ditumbuk.

9-Suspek juga dilaporkan seorang pesakit mental dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

10-Lelaki itu ditahan pada jam 6.45 petang hari yang sama. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Baca juga: Orang kampung dedah remaja dimandikan ala jenazah banyak kes curi motor, pisang

KESAN DADAH KEPADA MANUSIA

Kebergantungan kepada dadah memberikan kesan buruk kepada otak dan saraf tunjang manusia seperti berikut:

– Merencatkan fungsi pemikiran dan minda.
– Menganggu tumpuan.
– Melambatkan proses berfikir.
– Daya ingatan kurang.
– Penyakit strok.
– Gangguan pada fungsi saraf.
– Rasa mengantuk melampau.
– Rasa seronok melampau.
– Halusinasi

Jauhilah dadah kerana ia berbahaya. Tiada kebaikan diperolehi daripadanya melainkan hanya keburukan.

Ia malah menyebabkan kualiti hidup menurun dan menyebabkan impak sosial kepada masyarakat kita hari ini.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Share
Azma ML

Recent Posts

Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan…

1 hour ago

Dulu menyewa, kini Hafiz Mahamad kongsi kediaman sendiri bikin ramai terpegun.’ Simple tapi mewah & elegan. Cantiknya!

PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih…

4 hours ago

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 day ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 days ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago