ACER baru-baru ini mengumumkan peranti terbaharu, Predator Helios Neo 16 yang berjaya menembusi pasaran tempatan, sekali gus menamatkan penantian peminatnya.

Jenama itu dalam satu kenyataan memberitahu, kehadiran komputer riba tersebut dijangka memberi impak positif dalam industri permainan online selepas prestasi teknologinya dipertingkatkan.

Selain dilengkapi dengan ciri pemproses Intel Core HX Generasi ke-13 terkini, ia juga tersedia dengan NVIDIA GeForce RTX 4060 dan kuasa grafik maksimum 140W.

Kelebihan tersebut akan memberi pengalaman bermain dengan lebih lancar, ditambah dengan ciri pemuat naik sepantas kilat, 16GB RAM DDR5 dan 1TB PCIe NVMe SSD.

Predator Helios Neo 16

Berikut spesifikasi lain Predator Helios Neo 16:

  • Paparan 16 inci 165hz dengan pilihan panel WQXGA atau WUXGA IPS dengan ratio 16:10.
  • Teknologi NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC melancarkan lagi paparan visual untuk pergerakan lebih pantas.

Predator Helios Neo 16

Baca juga Hanya seberat 1.17 kilogram, Acer Swift Edge komputer riba paling ringan di dunia

  • Kipas AeroBlade yang direka khas untuk meningkatkan prestasi pada tahap paling maksimum.
  • Ciri kod sulit yang diukir menggunakan laser di penutup hadapan peranti memberi lagi keseronokan tambahan.

Predator Helios Neo 16

Iklan

Baca juga Ini monitor Acer paling mantap lengkap dengan teknologi AMD FreeSync khas buat pemain game

Predator Helios Neo 16 dijual pada harga bermula RM4,899 dan boleh didapati di kedai e-dagang Acer rasmi di Shopee dan Lazada.

Untuk butiran lanjut, layari Facebook PredatorGamingMy atau https://www.acer.com/my-en/predator/laptops/helios/helios-16.

Iklan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.