BULAN puasa memang sinonim dengan kuih raya. Mana tidaknya, inilah masa untuk semua menyiapkan stok air tangan sendiri menjelang Syawal tak lama lagi.

Tak perlu nak kelam kabut mencari pilihan kuih tunjuk-tunjuk di pasaran kalau anda boleh buat sendiri.

Lagi mudah jika sudah ada perkakas di dapur untuk membikin kuih atau biskut raya kegemaran. Lagi jimat dan berbaloi, kan?

Sekarang ini mudah kerana semua keperluan tersebut boleh dibeli di hujung jari jer. Pilih mana yang berkenan dan zass, barang terus sampai depan pintu rumah.

kuih raya

Gedung online terkemuka seperti Lazada dan Shopee juga tidak ketinggalan menawarkan produk masing-masing dengan harga lebih rendah.

Nah, ini senarai lima gajet mampu milik yang boleh kalian pertimbangkan untuk membantu kerja-kerja di dapur:

kuih raya

1. Pengadun tepung
– Comel jer bentuknya dengan warna pink.
Pink 7 Speed ini ditawarkan pada harga hanya RM33.99 selepas diskaun 55 peratus.

 

– Mempunyai tujuh tahap kelajuan dan menampung kapasiti 1.7 liter.
– Setiap set lengkap dengan pengadun, mangkuk antikarat, dua beaters, dua pencangkuk doh dan buku manual.

kuih raya

2. Air fryer
– Satu lagi pilihan air fryer berwarna pink.
Dessini Italy Electric Air Fryer antara pilihan laku keras kerana dijual pada harga RM98.90 berbanding nilai asal, RM420.

kuih raya

Baca juga Senangnya memasak di dapur dengan guna 4 gajet ini. Makanan jadi sedap, rumah pun tak berkecah

– Kalian boleh jimat lebih RM320, memang wow!
– Selain pengendalian mudah, air fryer tersebut boleh membakar ayam, daging, makanan sejuk beku, kek dan biskut raya.

kuih raya

3. Pistol acuan biskut
– Antara item baharu dengan kualiti tinggi.
– Menariknya, terdapat 20 jenis acuan dengan empat muncung bunga berbeza.
– Untuk set pistol acuan biskut itu, boleh bikin lebih kurang 20 bentuk biskut raya yang cute.
– Harga ditawarkan RM25 dengan cara penggunaan mudah, lebih terbentuk dan tahap ketebalan acuan yang sekata.

kuih raya

4. Oven
– Reka bentuk yang minimalis dan pelbagai fungsi.
KONKA Electric Baking Oven dengan kapasiti 13 liter antara pilihan terbaik yang boleh kalian pertimbangkan.
– Harga lebih rendah iaitu RM89 jer berbanding nilai asal, RM199.

Iklan

Baca juga 2 gajet pintar wajib ada di dapur, bukan saja stailo, malah hidangan dapat siap dengan cepat

kuih raya

5. Alat penimbang digital
Digital LCD kitchen Scale yang dijual pada harga RM14.90 hingga RM29 ini boleh menampung berat hingga 10 kilogram.

kuih raya– Paparan digital memudahkan pengguna untuk menimbang berat setiap bahan dengan mudah.
– Setiap set lengkap dengan pilihan sudu penyukat, mangkuk antikarat dan jug penyukat.

kuih raya

Buat peminat rona merah jambu, SinarPlus senaraikan item idaman dengan bentuk yang kompak untuk kalian pertimbangkan.

Iklan

Memang cantik diletakkan di ruang kabinet sebagai gajet penting untuk membikin stok biskut raya nanti. Eh! Nak masak lauk untuk open house pun boleh.

kuih raya

Jadi, cepat grab sementara stok masih ada dengan diskaun menarik. Okey, selamat bershopping.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!