Laudya Cynthia Bella – Engku Emran bercerai, hanya bertahan dua tahun sahaja

TEKA-TEKI peminat akhirnya terjawab. Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella akhirnya mengulas isu keretakan rumah tangganya. Bella mengakui sudah bercerai dengan Engku Emran yang berasal dari Malaysia.

Terdahulu, sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Bella dilihat memuat naik fotonya sendirian dengan ucapan ringkas.

Namun menjengah ke ruangan komen, posting berkenaan dihujani pelbagai reaksi malah ada yang seakan tertanya-tanya mengapa suaminya tiada di sisi sewaktu bergambar.

Iklan
Iklan

“Saya ingin menjelaskan bahwa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” ujar Bella memetik laporan Kompas.com dari InsertLive Trans TV.

Namun, Bella belum menjelaskan bila dia dan bekas suaminya berpisah secara rasmi.

Rumah tangga Bella dan Engku Emran dikabarkan retak sejak akhir 2019 lalu. Kabar itu beredar setelah foto Engku Emran sudah tidak lagi menghiasi akun Instagram Laudya Cynthia Bella.

Engku Emran dilihat unfollow Instagram Laudya Cynthia Bella, begitu juga sebaliknya.

Bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu dilaporkan telah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya.

“Sudah berbagai usaha kami lakukan dan ini adalah takdir ALLAH SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini dan diharap semuanya segera selesai dengan baik-baik sahaja,” katanya.

Perkahwinan Bella dengan Engku hanya bertahan selama dua tahun. Pastinya banyak kenangan dan pengalaman bersama yang mereka tidak mungkin dapat lupakan.

“Dua tahun dia menjadi suami saya, banyak sekali perkara yang dapat saya belajar dan saya percaya dengan apa yang berlaku ini pasti ada hikmah.

“Saya jadikan pengalaman rumah tangga saya ini sebagai pelajaran untuk saya perbaiki kekurangan diri pada masa akan datang, amin,” ujarnya lagi.

Share
Meen

Biodata Penulis

Recent Posts

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

19 mins ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

2 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

5 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

6 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

7 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

8 hours ago