Oleh MAZLINA ABDUL MAJID             

DJI, peneraju global bagi dron awam dan teknologi kamera kreatif baru-baru ini melancarkan DJI Mini 2.

DJI Mini 2 merupakan dron kamera berprestasi tinggi yang memuatkan ciri-ciri baharu yang mengagumkan iaitu kecil, ringan (dalam kategori dron paling selamat) dan beratnya kurang daripada 249 gram (g).

Presiden DJI, Roger Luo berkata, peranti baharu itu mudah diterbangkan dengan keupayaan pengimejan yang ditambah baik, prestasi penerbangan yang berkuasa dan teknologi transmisi yang dipertingkatkan untuk sambungan yang lebih lama dan baik.

“Mod praprogram yang pintar telah dioptimumkan supaya rakaman menarik boleh diambil dengan hanya beberapa sentuhan. Tutorial dan alatan pembelajaran juga disediakan bagi membantu mempercepatkan pengguna baharu untuk mengetahui cara menerbangkan dron yang menyeronokkan,” katanya.

Berikut spesifikasi DJI Mini 2:

1. Reka bentuk mini

Sama seperti Mavic Mini yang asal, DJI Mini 2 memaparkan reka bentuk lipat ikonik yang mudah dibawa. Ia menggunakan teknologi transmisi OcuSync 2.0 yang memastikan keterhubungan yang stabil, berjarak jauh, dan memberi sambungan yang tepat antara alat kawalan jauh dengan dron.

2. Mudah diterbangkan

Menariknya, siaran langsung daripada kamera dron boleh dihantar terus ke telefon bimbit supaya pengguna boleh melihat kedudukan sebenar Mini 2 dan rakamannya. Butang dan fungsi yang dipermudahkan pula diperkemas dan mudah difahami berbanding dron yang lebih canggih.

3. Gambar jelas, rakaman video yang mantap

Mampu merakam imej 12 megapiksel dan resolusi video maksimum 4K/30fps @100 Mbps. Rakaman bebas gegaran dan lancar boleh dilakukan dengan adanya keupayaan gimbal tiga paksi yang mengimbangkan pergerakan dron angin dan lain-lain. Kandungan akan tampil menyerlah dengan hanya satu sentuhan hasil daripada mod yang telah ditetapkan seperti:

Iklan

QuickShots: Mod pergerakan seperti Dronie, Helix, Rocket, Circle dan Boomerang untuk praprogram dan tangkapan imej.

Panoramas: Merakam perspektif lebih lebar dengan mod panorama pilihan seperti sphere dan wide-angle.

Image modes: Mod foto berbeza seperti AEB Triple Shot dan Timed Shots bagi senario berbeza.

Iklan

4. Mudah Dihasilkan

Pemillik boleh memilih untuk memotong rakaman sebelum ia dimuat turun menggunakan Trimmed Download.

DJI Mini 2 boleh didapati dalam dua pilihan iaitu pakej standard merangkumi DJI Mini 2, alat kawalan jauh dan satu bateri. Pakej Fly More Combo yang terdiri daripada tiga bateri, hab pengecas, DJI Mini 2, beg galas dan alat kawalan jauh.

Fitur hebat itu boleh diperoleh melalui pengedar rasmi DJI atau melalui platform e-dagang Shopee dan Lazada.