Mudahnya ‘membantalkan durian crepe’, kulitnya nipis gebu. Satu-satu langkah ditunjukkan

SEKARANG banyak tempat masih dalam musim durian. Kalau dah ‘berlambak’ tu sampai tak tahu nak buat apa.

Selain pulut durian, aiskrim, masak gulai tempoyak dan bermacam lagi, satu lagi resipi berasaskan durian yang menarik untuk dicuba ialah durian crepe yang mula popular sejak sedekad lalu.

Bayangkanlah teksturnya yang mulus, ‘gebus’, dengan rasa filling manis-manis buah yang lemak berkrim itu.

Menurut tuan punya resipi, Tahrunnisah Jali dari Kuantan, Pahang, membuat durian crepe tidaklah sesulit yang disangka.

“Hanya ikut satu-persatu langkah diberikan. Insya-ALLAH mudah dan menjadi.

“Step by Step ditunjukkan untuk yang baru nak berjinak dalam membuat durian crepe ni dan bagi memudahkan rakan-rakan mempelajarinya,” katanya kepada SinarPlus.

Resepi Durian Crepe versi Tahrunnisah Jali

Kulit/crepe (18-20 keping )

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung Hong Kong
Sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
Sedikit esen vanila
Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye

Iklan
Iklan

Filling kastard + durian (boleh abaikan filling kastard hanya taruk durian paste pun boleh rasa durian sebenar)
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
Isi durian yang dihancurkan

Filling whipping cream:
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

Caranya utk kulit/crepe ~ cara nak dapatkan crepe yang nipis:


1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu.
2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis.
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan dengan minyak. (Saya guna tisu paper)..dah panas pan tu..angkat.
Kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam dan lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi.
Kemudian letak balik atas dapur ..(saya tak guna senduk pun untuk ratakan kulit tu. Just layang-layangkan/ lenggangkan je sehingga memenuhi permukaan)
Kejap je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sebab nanti hangus kulitnya. Tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4. Ulangi hingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya insya-ALLAH tak melekat.

Cara untuk filling kastard + durian:


1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telor dan susu segar dalam 4 sudu dulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag. Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tak cair.

Cara untuk filling whipping cream:
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu.
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/ kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tak mencair.

Sekarang masa untuk “membantalkan durian crepe”. Sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dalam gambar), kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.

Bungkus/ lipat durian crepe tadi seperti bantal..haaa dah siap masukkan dalam freezer kejap dalam sejam dua supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat) dan boleh dimakan.

“Jangan keras sangat kang tercabut gigi cari saya plak,” kata Tahrunnisah.

Selamat mencuba!

Share
Azimah

 

Published by
Azimah
Tags: durian crepe

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

8 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

9 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

10 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

12 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

16 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

16 hours ago