[VIDEO] Nasi goreng simple, enak cara Marsha Milan
BAGI golongan ibu yang sedang memikirkan sajian makanan malam ringkas, namun menyelerakan untuk santapan bersama keluarga, usah bimbang.
Barangkali, menu nasi goreng perkongsian daripada penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan Londoh boleh dijadikan pilihan ideal.
Tambahan pula, bahan-bahan yang digunakan oleh beliau mudah didapati di dapur peribadi. Ia juga sesuai dinikmati anak-anak kerana tidak menggunakan cili yang banyak.
"Inilah resipi paling senang dan paling sedap. Sebenarnya, dalam video ini pun banyak yang saya tambah. Kalau tidak bahan-bahannya lima sahaja," tulisnya menerusi laman sosial Instagram @marshamilan baru-baru ini.
Bahan-bahan:
- Nasi
- Majerin
- Telur
- Lada putih
- Perasa
- Bawang putih
- Lada atau cili
- Sayur campur
Cara penyediaan:
1- Cairkan majerin di dalam kuali.
2- Kemudian, masukkan hirisan bawang dan cili. Lalu goreng sehingga naik bau.
3- Selepas itu, masukkan pula sayur campur biarkan seketika.
4- Tambah tambah telur dan dihancurkan sebelum masukkan lada putih dan perasa.
5- Kacau nasi sehingga semua bahan-bahan sebati.
6- Sedia untuk dihidang.
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang