OPPO perkenalkan telefon pintar boleh lipat pertama, ini spesifikasi canggih yang perlu ambil tahu
SYARIKAT teknologi pintar global, OPPO melancarkan telefon pintar boleh lipat pertamanya, OPPO Find N baru-baru ini.
Ketua Pegawai Produk OPPO, Pete Lau berkata, demi mencipta fitur baharu, pihaknya bereksperimentasi dengan pelbagai bentuk model, reka bentuk engsel, bahan paparan dan banyak lagi untuk menghasilkan peranti terbaik.
Ujarnya, OPPO Find N juga menggunakan nisbah landskap untuk paparan dalaman selebar 7.1 inci, manakala paparan luar bersaiz 5.49 inci.
Dengan nisbah bidang 8.4:9, paparan dalam dibentangkan terus ke dalam mod landskap supaya pengguna boleh menonton video, bermain permainan atau membaca buku dengan mudah.
Berikut ciri lain peranti berkenaan:
- Ciri Flexion Hinge menggabungkan 136 komponen dengan ketepatan ekstrem hingga 0.01 milimeter (mm) bagi memastikan engsel berfungsi dengan lancar.
- Perlindungan paparan kaca ultra nipis 0.03mm dan paparan Serene membuatkan telefon boleh dilipat lebih 200,000 kali tanpa sebarang masalah.
- Kamera trio dilengkapi tetapan untuk gambar dan video berkualiti tinggi termasuk 50MP Sony IMX 766, lensa ultra lebar 16MP dan lensa telefoto 13 MP.
- Rekaan ergonomik menggunakan desain lengkungan 3D dan Gorilla Glass Victus untuk panel belakang.
- Dilengkapi Qualcomm Snapdragon 888 bersama ruang simpanan hingga 12GB LPDDR5 RAM dan 512 GB UFS 3.1.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.oppo.com/my/store/
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang