Petua telur rebus mudah dikupas tambah dua bahan ini, baru elok licin berkilat

Petua telur rebus mudah dikupas tambah dua bahan ini, baru elok licin berkilat

TELUR rebus salah satu pelengkap hidangan yang selalu ada di meja makan terutamanya ketika menyajikan laksa Penang, nasi lemak, mi kari, rojak, salad mahupun nasi dagang.

Kalau jika hendak diolah menjadi sambal atau digulai sekalipun, kita pastinya mahukan rupa telur rebus yang elok kan?

Dengan petua yang dikongsi Cik Yuyun Mikhairi ini masalah telur rebus menggerutu kerana sukar dikupas boleh diselesaikan.

Rupanya dengan hanya memasukkan dua bahan ini telur rebus bukan sahaja licin berkilat, malah rasanya juga lebih sedap!

Iklan
Iklan

Baca juga: Mudah resipi telur dadar crispy sedap sama macam kedai Siam, rahsianya satu bahan

Kredit foto: Pexels

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

PETUA TELUR REBUS MUDAH DIKUPAS

30 hingga 50 biji telur
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar garam

Cara penyediaan

1-Sebelum merebus, masukkan semua bahan di dalam air rebusan.

2-Jika anda ingin merebus 10 biji telur dan ke bawah, hanya letakkan satu sudu besar minyak masak dan satu sudu garam.

3-Telur rebus kuantiti 10 biji ke atas mesti direbus 15 hingga 20 minit manakala 10 biji ke bawah hanya 10 minit sahaja.

4-Selepas masak, sejukkan telur dalam rendaman air sejuk sebelum dikupas.

“Selamat mencuba. Pasti menjadi.

“Hasilnya telur licin dan mudah dikupas, tak mudah melekat. Telur pun rasa sedap,” kongsi Cik Yuyun.

LIMA INFO KHASIAT TELUR

Kredit foto: Pexels

Telur diklasifikasikan sebagai ‘makanan super.’ Ia sarat dengan nutrient dan memberikan manfaat kepada kesihatan seperti berikut:

1) Sebiji telur rebus mengandungi nutrisi seperti berikut:
-Vitamin A
-Folat
-Asid pantothenik (vitamin B5)
-Vitamin B12
-Riboflavin (vitamin B2)
-Fosforus
-Selenium
-Telur juga mengandungi jumlah vitamin D, vitamin E, vitamin B6, kalsium dan zink yang mencukupi

2) Sebiji telur rebus membekalkan 78 kalori, enam gram protein dan lima gram lemak.

Sarat dengan khasiat, tidak hairanlah telur termasuk dalam senarai superfood. (Kredit foto: Pexels)

3)Telur yang dipasteur atau diperkaya Omega 3 lebih padat nutrien dan lebih tinggi vitamin A dan E.

4-Telur mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi memakan telur tidak memberi kesan buruk kepada patas kolesterol dalam darah.

5-Telur adalah antara sumber makanan terbaik coline yang mana sebiji telur mengandungi 100mg coline. Coline sangat diperlukan untuk otak namun ramai mengalami kekurangan coline tanpa sedar.

Baca juga: Mudahnya cuci karpet, jadi macam baru ikut petua bibik, guna mop & 3 bahan ini

Sumber: Cik Yuyun Mikhairi, Health Line

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

44 mins ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

1 hour ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

3 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

8 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

8 hours ago

‘Tak sangka saya pula kena attack.’ Cermin belakang kereta diketuk dengan tukul, Safiq Rahim pula mangsa serangan

KETIKA negara sedang berduka dengan kejadian menimpa dua bintang Harimau Malaya, pemain tengah Johor Darul…

9 hours ago