JARUM peniti atau jarum peniti berkepala sering digunakan wanita ketika mengemaskan pemakaian tudung.

Malah, jarum peniti turut digunakan di dalam pelbagai projek jahitan, kraf dan gubahan.

Bagaimanapun, jarang sekali kita melihat alat tajam digunakan membersihkan gigi.

Pakar Bedah Kepala dan Leher, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Dr Ezairy M.Sallih berkongsi kes yang dikendalikannya di mana seorang remaja berusia 13 tahun tertelan jarum peniti berkenaan gara-gara ingin membersihkan gigi.

“Macam mana jarum pin tu boleh masuk dalam mulut awak. Sampai boleh tertelan?” Ini soalan pertama saya aju kepada beliau.

“Saya lihat kembali pada X-ray. Ya, memang jelas ada di situ. Seakan-akan tertanam dalam rongga leher!” katanya

Baca juga: 5 Cara Atasi Sakit Tekak Lagi-Lagi Cuaca Yang Semakin Tak Menentu Sekarang

Ketika itu, katanya pesakit berkenaan hanya tertunduk dan teragak-agak.

“Saya nak bersihkan gigi, doktor. Guna pin itu, kemudian termasuk ke dalam,” katanya.

Kemudian pesakit berkenaan dibawa ke bilik prosedur. Menurut Dr Ezairy, prosedur itu menggunakan segala alatan yang ada.

“Dengan bantuan 70 degree scope, kami dapati jarum itu betul-betul tercucuk di bahagian atas salur makanan beliau. Sedikit lagi nak masuk ke salur pernafasan.

“OK, awak buka mulut. Kami akan tarik lidah awak keluar. Rileks saja. Kalau buat kat sini tak berjaya, kita terpaksa bawa awak ke dewan bedah” katanya.

Menurutnya, mujurlah pesakit itu sangat kuat ‘semangat.’ Walaupun proses mengeluarkan jarum berhadapan kesukaran, remaja itu tetap positif.

Jarum pin tersebut difahamkan yang tertanam di bahagian atas salur nafas dan salur makanan. Bagaimanapun dengan usaha yang dilakukan, pin tersebut berjaya dikeluarkan.

Iklan

“Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan, akhirnya jarum pin ini berjaya dikeluarkan. Beliau tidak perlu dibawa ke dewan bedah.

“Ada dua pengajaran utama daripada kisah ini. Pertama saya seru orang ramai elakkan menggunakan alatan tajam dan bahaya untuk membersihkan celah gigi. Jarum jangan sekali, bahaya.

“Kedua, jika tersangkut apa-apa pada tekak, ikut langkah yang pesakit saya ini lakukan. Datang segera ke hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan tunggu saja di rumah,” katanya.

Dalam pada itu. Dr Ezairy turut menasihatkan para wanita usah mengepit jarum peniti pada mulut ketika ingin memakai tudung.

“Bahaya ketika kepitkan jarum pin peniti kat mulut ketika nak ‘gayakan’ tudung.

“Takut tanpa sedar, terbersin atau ada orang belakang datang tepuk secara tiba-tiba,” katanya.

Iklan

Tercekik tulang ikan pun boleh menyebabkan kesakitan teruk, inikan pula tercucuk jarum yang tajam. Tentu kesakitan dirasai bukan kepalang.

Diharapkan perkongsian ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk berhati-hati.

Baca juga: Sengsaranya kalau ada resdung, ini tindakan penting dan segera perlu anda lakukan!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Foto: seweasy.my, Canva