Rupa-rupanya ibu Kilafairy sibuk buat ini sepanjang PKP

BAIT lagu berjudul Rayuanku dendangan Rohana Jalil pastinya masih terngiang-ngiang dalam lubuk ingatan peminat-peminat lagu zaman 1980-an.

Ketika itu, siapa yang tidak kenal dengan juara Bintang RTM 1980 ini. Selain Rayuanku, lagu-lagu hit malar segar yang lain seperti Naluri Cinta dan Jangan Main Mata juga menjadi siulan ramai.

Tidak lupa, lagu raya berjudul Gembira di Hari Raya dan Riang Ria Aidilfitri yang masih dimainkan di corong-corong radio sehingga kini.

Populariti Rohana dikatakan makin memuncak selepas album single kedua, Rayuanku mendapat sambutan luar biasa. Pendek kata, bintang Rohana pada era itu memang tiada tolok bandingnya.

Iklan
Iklan

Jika dahulu, wajah kepada pemilik nama sebenar Dara Abdul Jalil itu kerap muncul di kaca televisyen, namun kelibat selebriti itu kini agak kurang kelihatan.

Berkongsi perkembangan terkininya, selebriti yang sedang meniti usia 62 tahun itu memaklumkan, dirinya agak sibuk dengan urusan harian lebih-lebih lagi selepas seminggu beraya.

”Sekarang, memang saya tak ada tawaran nyanyian sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan rezeki lain seperti #muzikdarirumah (program nyanyian dirakam di rumah).

”Selain itu, saya juga buat ulasan berbayar untuk produk makanan dan jadi duta barangan kesihatan. Sekarang, masa saya lebih banyak di rumah sahaja,” ceritanya.

Ujar Rohana, tempoh PKP telah membuatkan beliau menemui hobi baharu.

“Saya sendiri pun tak sangka, hobi tanam pokok jadi rutin terkini dan seronok pula bila tanaman herba, pokok limau dan sayur-sayuran menjadi walaupun tanam tepi rumah.

Artikel berkaitan: #LathiChallenge : Faizal Tahir minta fikir sebelum buat

”Sekarang pun kalau shopping online, saya akan cari pasu untuk tanam pokok. Kalau dulu, mesti barang solek atau baju, kini lebih tumpuan kepada bertani,” kongsi nenek kepada seorang cucu itu.

Hilang job

Di sebalik perkongsian aktivitinya, terselit rasa kecewa dalam diri Rohana.

Akuinya, Covid-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia membuatkan ramai artis hilang job atau kerja seni dalam sekelip mata.

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Kilafairy itu berkata, tawaran menyanyi untuk majlis perkahwinan dan hari raya semuanya dibatalkan serta-merta.

”Jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya, boleh dikatakan jadual seni saya penuh sepanjang raya. Namun bagi saya, semuanya ada hikmah.

“Kalau dulu sibuk dan jarang duduk di rumah, bulan Ramadan kali ini saya buat kuih dan kek sendiri. Dulu selalu beli sahaja,” katanya dalam nada berseloroh.

Seperti orang lain, besar harapan Rohana untuk melihat negara pulih daripada wabak sekali gus membolehkan rakan artis yang terjejas dapat kembali meneruskan aktiviti seni.

”Saya mendoakan semoga semuanya kembali okey. Kes baharu pun dilihat sudah menurun tapi janganlah kita abaikan keselamatan dan jarak sosial.

”Saya sendiri pun masih takut-takut nak keluar rumah dan beraya pun dekat-dekat sahaja sebab vaksin Covid-19 belum ditemui. Jaga diri dan jangan abaikan arahan kerajaan,” nasihatnya.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

8 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

8 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

23 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

1 day ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

1 day ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

1 day ago