Telefon HUAWEI P60 Pro memang lebih pro. Lensa lebih power, bidikan jauh lebih jelas

A
A
A

Telefon HUAWEI P60 Pro memang lebih pro. Lensa lebih power, bidikan jauh lebih jelas

TERKENAL dengan keupayaan kamera luar biasa dan reka bentuk bergaya, Huawei Malaysia terus memperkenalkan peranti terbaharu, HUAWEI P60 Pro.

Pengarah Eksekutif Huawei, Richard Yu berkata, pengenalan varian itu memeriahkan lagi koleksi siri Huawei P yang menggabungkan ciri pengimejan pintar.

“Setiap generasi siri P tersebut juga dilengkapi dengan teknologi estetik yang sempurna.

Justeru, pengenalan HUAWEI P60 Pro adalah satu era baharu dalam dunia pengimejan mudah alih masa kini,” katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Unit Perniagaan Penyelesaian Automotif Pintar.

BACA JUGA: Teknologi pengimejan, XMAGE jadikan ‘bidikan’ foto Huawei Mate 50 Pro lebih berkualiti

BACA JUGA: Lebih mewah dan bergaya, Huawei P50 Pro dan P50 Pocket tembusi pasaran global

Berikut spesifikasi canggih HUAWEI P60 Pro:

1. Model perdana keluaran pertama yang lengkap dengan ciri kamera Ultra Lighting Telephoto dengan lensa berbilang fungsi.

2. Modul kamera utama bertemakan The Eye of Light dengan ciri Classic Camera Array.

Paparan Quad-Curve baharu dengan panel kaca jenis Kunlun yang lebih tahan lasak.

3. Inovasi Anti-Fingerprint Feather-Sand Glass untuk melindungi permukaan skrin.

Teknologi Long Travel Slide Zoom Lens Group membolehkan bidikan jauh seperti pemandangan bulan dengan fokus lebih jelas.

4. Kapasiti bateri 4815 mAh dengan ketebalan hanya 8.3 milimeter dan menyokong pengecasan tanpa wayar.

HUAWEI P60 Pro ditawarkan pada harga bermula RM4,699 hingga RM5,499.

Pada masa sama, jenama itu turut memperkenalkan telefon pintar boleh lipat, HUAWEI Mate X3 yang lebih nipis dan ringan. Harga jualan bermula RM8,888.

Selain iry, beberapa gajet turut diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Antaranya seperti HUAWEI Watch Buds, FreeBuds 5 dan MatePad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca