Tikus, lipas dan lalat punca penyakit berjangkit ketika musim banjir. Ambil langkah berikut untuk pencegahan

BEBERAPA buah negeri di negara kita kini sedang dilanda banjir.

Ramai mangsa di Johor dan Pahang terpaksa dipindahkan berikutan kenaikan air di kediaman mereka.

Selain memberi kesan kepada kemusnahan harta benda,kejadian bah menyebabkan rakyat terdedah kepada pelbagai risiko wabak penyakit berjangkit bawaan air.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Berikut SinarPlus kongsikan penyakit bawaan banjir seperti yang dikongsikan laman Hello Doktor.

1. Demam kepialu
Demam kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi yang terdapat dalam air minuman dan makanan yang tercemar.

2. Kolera
Sama seperti demam kepialu, kolera disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Vibrio Cholera yang tersebar di dalam air minuman dan makanan.

Iklan
Iklan

Lalat adalah pembawa penyakit tersebut.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

3. Leptospirosis
Tidak seperti demam kepialu dan kolera, ia merupakan satu jangkitan yang boleh tersebar terus daripada air yang tercemar.

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat dalam air kencing haiwan seperti tikus, lembu dan kerbau.

Jangkitan berlaku melalui luka yang terbuka atau melalui kulit yang berada di dalam air banjir untuk tempoh yang panjang atau membran mukus mata dan mulut.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

5. Hepatitis A
Keradangan sel hati menyebabkan hati berfungsi dengan tidak normal.
Virus hepatitis A yang menyebabkan situasi tersebut merebak disebabkan makanan yang tidak bersih atau tidak dimasak.

Baca juga: Jaga-jaga, musim tengkujuh hingga Mac 2024, 10 info perlu tahu hadapi banjir

 

6. Demam denggi
Demam denggi adalah disebabkan oleh jangkitan virus aedes aegypti. Ia adalah penyakit biasa pada musim hujan.

Baca juga:Waspada! Hujan lebat risiko banjir dijangka mulai November ini hingga Februari 2024

Dalam pada itu, kehadiran makhluk perosak memburukkan masalah kesihatan ketika musim banjir.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Hal ini kerana haiwan pembawa kuman seperti tikus, lipas dan lalat pula antara pembawa bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan.

Menerusi satu entri di laman Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia-Portal Myhealth ada menyenaraikan beberapa kaedah untuk mencegah haiwan membawa bakteria tersebut semasa musim banjir.

Baca juga:Awas banjir kilat & ribut petir! Peralihan monsun hingga November 2023, 12 info penting & tip keselamatan perlu tahu

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Berikut cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir:
1. Tutup tong sampah.
2. Tutup makanan dengan sempurna.
3. Lap dan bersihkan meja selepas makan.
4. Pasang jaring atau perangkap yang sesuai.
5. Jangan buang sisa makanan merata-rata.
6. Kenal pasti kawasan hurungan dan lupuskan punca tumpuan makhluk perosak.
7. Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam empat kaki atau lebih. Ia juga perlu ditanda supaya tidak digali semula.

SUMBER gambar hiasan daripada PEXELS.

Berhati-hati semua dan ambil langkah pencegahan sewajarnya.

SinarPlus ingin ingatkan supaya mereka yang terjejas banjir supaya mengambil minuman dan makanan yang telah dimasak sahaja.

Selain itu, jangan lupa untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran dan dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit atau muntah-muntah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Share
nurul.shahamah

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

4 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

4 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

6 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

10 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

11 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

12 hours ago