[VIDEO] Covid-19: Dr Malar ‘sekolahkan’ pihak dakwa ivermectin boleh cegah kematian 100%

Jangan lupa follow kami di Instagram!

SEJAK kebelakangan ini, isu penggunaan ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 kembali timbul dan hangat diperdebatkan sekali lagi.

Dakwa sesetengah daripada mereka, pil itu sangat mujarab dan mampu memulihkan pesakit yang telah menghidap wabak pandemik itu.

Hakikatnya, ivermectin merupakan ubat antiparasit untuk melawan kecacingan dalam tubuh khusus buat haiwan sahaja.

Untuk pengetahuan semua pembaca, kajian mendalam mengenai keberkesanannya masih dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terbaharu, ada cakap-cakap mengatakan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjual ubat tersebut secara underground

Iklan
Iklan
kepada pesakit yang terkena jangkitan virus jahat tersebut.

Gara-gara isu yang sedang hangat diperkatakan itu, seorang doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan tampil memperbetulkan pemahaman tentang ivermectin menerusi satu video yang dimuat naik di Facebooknya:

i) Isu halal haram dan kebersihan untuk penggunaan manusia.

Jika diamati, ujar Dr Malar, sehingga kini masih belum ada sebarang hukum fatwa atau bukti kajian lengkap yang mengesahkan semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut baik buat manusia.

“Jadi, tolong fahamkan kami isu halal haram dan kebersihan untuk penggunaan manusia terutamanya untuk orang Islam.

“Begitu juga saya, sebagai seorang Hindu, saya juga hendak tahu adakah kapsul tersebut ada gelatin lembu atau beef component termasuklah proses pembuatannya?” soal beliau.

ii) Tahap keselamatan pil ivermectin.

Selain itu, Dr Malar turut mempersoalkan mengenai tahap keselamatan ubat berkenaan terhadap sistem pencernaan manusia.

“Sebenarnya, komponen kapsul yang dibuat untuk haiwan tidak menjamin selamat jika ditelan oleh manusia.

“Lebih membimbangkan, ia (ivermectin) berpotensi untuk memberi ancaman kepada buah pinggang manusia,” jelasnya.

iii) Tiada ubat boleh cegah 100 peratus kematian.

Pada masa sama, Dr Malar akui ada segelintir pihak termasuk golongan perubatan mendakwa kononnya pil itu berkesan mencegah kematian.

“Perkara tersebut tidak perlu dibahas pun kerana beliau (penjual) hanya membongak. Ia sama sekali tidak logik dan sehingga kini masih belum ada sebarang ubat di dunia ini yang mampu melawan takdir Tuhan,” katanya.

Membandingkan situasi itu dengan pemberian vaksin, tegas Dr Malar, suntikan tersebut juga tidak melibatkan pencegahan 100 peratus.

“Vaksin pun tidak ada satu daripada jenisnya kita katakan ia menghalang 100 peratus jangkitan. Jadi, tolong tanya semula dekat mana beliau (penjual) dapat dan ‘mazhab’ apa yang diguna bagi membuktikan keberkesanan maksimum seperti dinyatakan?” soalnya lagi.

Sebenarnya, jika kita amalkan apa-apa jenis ubat, ia merupakan satu ikhtiar termasuklah menerima suntikan vaksin atau pergi mendapatkan rawatan di hospital.

Artikel berkaitan: Covid-19: Ivermectin belum terbukti dapat merawat wabak virus korona. Berikut penjelasan konkrit daripada pegawai farmasi

“Jadi, kena betulkan niat iaitu hajat kita untuk mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan Covid-19 selain sembuh dan meminimumkan gejala jika dijangkiti,” katanya.

Ingat, pesan Dr Malar jangan biarkan mereka mempergunakan ‘ketakutan’ kita terhadap kematian dengan menjual sesuatu yang melangkaui batas dan kepercayaan kita terhadap takdir dan Tuhan.

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

22 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

23 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

2 days ago