Wanita ini kongsi petua paling win untuk kulit wajah cerah berseri, guna kunyit & beras jer. Mudah, jimat & menjadi!

Wanita ini kongsi petua paling win untuk kulit cerah berseri, guna kunyit & beras jer. Mudah, jimat & menjadi!

SIBUK dengan urusan kerja mahupun rumah tangga, penampilan diri sesekali jangan diabaikan.

Lebih-lebih lagi bab kulit wajah. Pastikan ia tak nampak kusam atau tidak bermaya akibat kurang tidur, letih dan sebagainya.

Baca lagi Rupa-rupanya ini rahsia kulit putih gebu cara Adira Suhaimi. Tetap langsing dan cantik walau sudah punya 4 anak!

Iklan
Iklan
Gambar sumber PEXELS

Bagi kaum ibu yang ingin mendapatkan kulit yang cerah berseri, tidak perlu hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata.

Sebaliknya, anda boleh menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.

 

Antaranya seperti kunyit dan beras yang dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah. Bagi SinarPlus, paling penting, kena rajin!

Baca lagi Cantikkan kulit & turun berat badan guna air rebusan asam gelugur, sedap! Cara buat pun mudah

Kami kongsikan kembali tip cantik cara alami dengan menggunakan kunyit hidup dan juga beras sahaja.

Perkongsian tersebut sebenarnya dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Aya Zuki.

“Semalam kan tempek pes kunyit hidup dan beras dekat muka. Bangun pagi tengok cermin, nampak berseri-seri muka. Makin cerah pulak tu. Sukanya!

“Siapa suka buat rawatan muka sendiri dekat rumah? Memang tak kan sebab leceh. Saya memang dari dulu rajin buat.

Gambar sumber PEXELS

“Saya suka guna bahan-bahan semula jadi. Selamat untuk kulit. Suka sangat guna kunyit untuk buat masker atau scrub. Serius kunyit memang best. Berkesan,” ujar beliau.

Malah katanya lagi, kunyit juga bagus untuk kecantikan kerana memiliki antiradang, antiseptik, antibakteria dan antipenuaan.

“Bila buat mask muka memang best. Kalau nampak jerawat macam nak naik tempek terus kunyit. Kecut terus. Sebab ciri-ciri antibakteria yang kuat. Parut jerawat pun cepat pudar,” kongsi Aya lagi.

Baca lagi Nak wajah bersih wajib buat 7 perkara ini masa cuci muka, jerawat pun tak tumbuh

Gambar sumber PEXELS

Cara penyediaan:

1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3 sentimeter).

2. Kisar beras yang direndam semalaman (setengah cawan beras).

 

3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (Jika wajah jenis berjerawat jangan digosok, sapu sahaja).

4. Tunggu 30 minit sebelum dibilas dengan air. Setelah itu, barulah guna pencuci muka jika wajah anda nampak kuning.

Baca lagi ‘Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.’ Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

Tip cantik:

• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu).

• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.

Apalagi, jom cuba cara Aya. Mungkin ia berkesan untuk anda.

Sumber: Facebook Aya Zuki 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

21 mins ago

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

1 day ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

1 day ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

2 days ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

2 days ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 days ago