Wow! Pantai berpasir di Putrajaya akan dibuka hujung Disember ini, 4 fakta mengenainya

Untungnya warga Putrajaya, bas percuma bermula 1 November
Untungnya warga Putrajaya, bas percuma bermula 1 November
A
A
A

PUTRAJAYA sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat tempatan kerana diketahui sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia.

Namun begitu Putrajaya juga boleh dikatakan sebagai salah satu pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ia juga terkenal dengan taman-tamannya yang indah dan luas sekali gus menjadi tempat rekreasi pilihan ramai.

Terkini, satu tarikan perlancongan yang baharu pula akan dibuka iaitu pantai berpasir di Anjung Floria Putrajaya, Presint 4.

Ia terletak di lokasi yang dahulunya adalah tapak penganjuran Festival Bunga dan Taman Antarabangsa (FLORIA) Diraja Putrajaya dan apa yang menariknya bakal dibuka hujung bulan ini.

Layan aktiviti air hanya RM10 di Putrajaya

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, ini perkara yang menarik berkenaan pantai berpasir;

1. Pantai berpasir mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia menggunakan air tasik semula jadi.

2. Pengunjung boleh mengadakan pelbagai aktiviti antaranya berkayak, bot kawal jauh dan memancing yang akan dikenakan sedikit bayaran.

Baca juga Rumah rakit jadi pilihan bercuti, 5 pilihan destinasi wajib cuba buat kaki pancing

3. Pusat pentadbiran kerajaan ini mempunyai 13 taman membabitkan keluasan 2,600 hektar dan berpotensi dibangunkan dengan memperbanyakkan lagi produk pelancongan.

4. Pantai berpasir berkeluasan 600 meter persegi dan 100 meter panjang itu merupakan pantai buatan yang diyakini mampu mendapat sambutan ramai sekali gus menjana ekonomi penduduk setempat.

Wah! Mesti seronok kan warga Putrajaya lepas ini, boleh main pasir pantai di tengah kota Putrajaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca