13 tahun menderita kepala senget 90 darjah, hidup remaja ini berubah selepas...
SINARPLUS sukar nak membayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung seorang remaja perempuan apabila hidup dengan keadaan kepala senget 90 darjah sejak 13 tahun lalu.
Afsheen Gul yang menghidap Cerebral palsy berdepan ujian cukup getir apabila lehernya bagaikan terpulas selepas jatuh tergelincir ketika usianya lapan bulan.
Ketika insiden itu, Gul difahamkan sedang bermain di luar rumah sebelum kemalangan ngeri itu berlaku.
Lapor dailystar.co.uk, pada awalnya, ibu bapa remaja berkenaan beranggapan kecederaan tersebut boleh pulih dengan sendirinya, namun kesakitan yang ditanggung Gul membuatkan mereka panik.
Disebabkan kekangan kewangan untuk kos perubatan di hospital, keluarga malang tersebut mencuba rawatan alternatif, namun tidak berjaya.
Baca juga Kanak-kanak alami sindrom ‘rare’ rambut tidak boleh disikat, hanya dihidapi 100 orang di dunia
Kisah rare Gul yang berasal dari Pakistan itu telah menerima reaksi ramai pihak termasuk media tempatan dan pasukan perubatan Hospital Apollo yang terkenal di New Delhi, India.
Menurut portal berkenaan lagi, salah seorang pakar bedah tulang belakang terbaik hospital tersebut, Dr Rajagopalan Krishnan mengetahui kisah Gul selepas dihubungi abang remaja tersebut.
Memetik kata-kata beliau: "Abangnya Yaqoob menghubungi saya selepas melihat satu dokumentari pembedahan seorang budak lelaki yang mengalami kecederaan sama.
"Ketika itu, saya pasti boleh membantunya untuk pulih, namun perlu berjumpanya terlebih dahulu. Jika dibiarkan lagi, mungkin peluang untuk sembuh daripada sebarang pembedahan adalah nipis."
Baca juga Angkara dadah! Leher ibu tiri putus ditetak anak, ini kejadiannya
Prihatin dengan nasib Gul, satu portal GoFundMe ditubuhkan untuk mengumpul dana untuk pembedahan remaja berkenaan yang dianggarkan sudah mencecah £26,000 (RM13,6981.84).
Meskipun tarikh pembedahan asal terpaksa ditangguhkan gara-gara wabak Covid-19, namun pembedahan ajaib tersebut berjaya dilakukan baru-baru ini.
Gul akhirnya dapat menegakkan kepalanya menggunakan alat sokongan HALO buat pertama kali dalam hidupnya selepas tragedi menakutkan tersebut.
Baca juga Angkut meja lipat guna leher dan dagu, pemuda tanpa lengan ini gigih cari rezeki halal
Kegembiraan itu turut dikongsi dalam akaun Instagram dengan kapsyen yang menyentuh perasaan.
Beliau antara lain berkata: "Terima kasih Dr Rajagopalan Krishnan kerana memberikan saya kehidupan baharu".
Terbaharu, Gul menerusi platform yang sama memaklumkan berita gembira apabila beliau kini sudah boleh berjalan.
Baca juga Gara-gara leher dikunci anak dengan ‘lock’ basikal, wanita panik ke balai polis mohon bantuan
Entrinya menerima lebih 300 komen yang rata-ratanya memberikan sokongan padu kepada beliau yang berusaha untuk pulih.
Mudah-mudahan remaja tersebut cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti rakan sebaya lain.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Pasti kesembuhan itu menjadi impiannya untuk kembali seperti dulu dan berkat sokongan padu semua, beliau mampu tersenyum semula. #kitajagakita #kitalaluibersama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang