8 fakta penting patut tahu mengenai Ratu Elizabeth II

A
A
A

RAJA Britain paling lama berkhidmat, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun umum Istana Buckingham pada Khamis.

"Ratu mangkat di Balmoral petang ini. Jasad baginda akan dibawa ke London esok," menurut pihak istana, lapor Agensi Anadolu.

Baginda mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu atas faktor usia dan terpaksa membatalkan untuk menghadiri acara rasmi atas nasihat doktor.

Kali terakhir baginda menghadiri acara rasmi ialah semasa sambutan Jubli Platinum pemerintahan baginda ke-70 Jun lalu.

Terdahulu pada tengah hari Khamis satu kenyataan dikeluarkan yang menyatakan Ratu Elizabeth II berada di bawah "penyeliaan perubatan" di Balmoral, Aberdeenshire, Scotland.

Anakanda baginda, Raja Charles III telah menzahirkan kesedihannya di atas kemangkatan bonda tercinta.

"Kematian ibu tercinta saya, Yang Mulia Ratu, adalah detik kesedihan terbesar bagi saya dan semua ahli keluarga saya.

“Kami sangat berduka atas pemergian seorang Raja yang dihormati dan seorang ibu yang amat disayangi.

"Saya tahu kehilangannya akan sangat dirasai di seluruh negara, alam dan Komanwel dan oleh ramai orang di seluruh dunia.

"Dalam tempoh berkabung ini, saya dan keluarga kekal memperingati, rasa hormat dan kasih sayang yang mendalam terhadap Ratu dipegang secara meluas," zahirnya.

Raja Charles III dan adik-beradiknya berangkat bersama Ratu Elizabeth II ke Balmoral di Scotland, sebelum kemangkatannya diumumkan pada awal petang Khamis.

Berikut lapan fakta mengenai pemerintah yang disayangi rakyat ini;

1-Ratu Elizabeth II atau nama penuhnya Elizabeth Alexandra Mary telah memerintah selama 70 tahun dan 214 hari, mencipta rekod bersejarah sebagai pemerintah paling lama dalam kalangan kerabat diraja di Britain sejak tahun 1952.

2-Dilahirkan pada 21 April 1926, baginda adalah anakanda kepada Ratu Elizabeth dan Putera Albert, Duke York.

3-Menaiki takhta ketika berusia 25 tahun, mendiang baharu meraikan sambutan Jubli Platinum ke-70 pada pada Mei lalu.

4-Baginda merupakan anak kepada puteri sulung Putera Albert, Duke of York, dan isterinya, Lady Elizabeth Bowes-Lyon. Ayahandanya, kemudian menaiki tahta sebagai Raja George VI pada tahun 1936.

Ratu Elizabeth II bersama kakanda, Puteri Margaret.

5-Ratu Elizabeth II berkahwin dengan sepupu jauh, Putera Phillip pada tahun 20 November 1947 dan dikurniakan empat putera dan puteri iaitu Raja Charles III (diputerakan 14 November 1948), Puteri Anne (diputerakan 15 Ogos 1950), Putera Andrew (diputerakan 19 Februari 1960) dan Putera Edward (diputerakan 10 Mac 1964).

6-Ratu Elizabeth II dimahsyurkan sebagai Ratu pada 2 Jun 1953 selepas kemangkatan ayahandanya, Raja George VI.

7-Keluarga baginda diserikan dengan kehadiran lapan cucunda, Putera William dan Harry dari Wales, Puteri Beatrice dan Eugenie dan Peter dan Zara Phillips serta Lady Louise Windsor dan James, Viscount Severn. Baginda juga meninggalkan 12 orang cicit.

8-Pengebumian baginda dijangka akan diadakan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Sumber: ABC News, Britannica, BBC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang