Abang sanggup berhenti sekolah bekerja sara keluarga, aksi gadis sarungkan jubah konvo undang sebak warga maya

5
5
A
A
A

MAJLIS konvokesyen adalah momen yang paling bermakna bagi graduan dalam meraikan kejayaan dalam pendidikan. Tidak hanya mengenang cabaran yang telah ditempuhi, ia juga detik syahdu meraikan mereka yang banyak berkorban seperti ibu bapa dan ahli keluarga.

Baru-baru in tular video memaparkan seorang wanita di Thailand ini yang menyarungkan jubah konvokesyen kepada abangnya dan menunduk hormat tanda sebagai tanda penghargaan.

Baca juga: Cium ibu lepas sepakan penalti, kisah hidup pemain Maghribi, Achraf Hakimi sentuh hati warganet

Aksi wanita bernama Ying Chanita, 27, tahun itu menyentuh hati warganet ketika beliau menzahirkan penghargaan kepada abangnya ketika acara konvokesyen Universiti Rajabhat yang terletak di Nakhon Sri Thammarat, wilayah selatan Thailand.

Chanita yang merupakan graduan Fakulti Pentadbiran Awam berkongsi video ke laman media sosial TikTok itu meraih hampir 10 juta tontonan. Semasa jubah konvokesyen disarungkan abangnya kelihatan sebak dan terharu. Tidak mempedulikan orang ramai, Chanita melutut dan menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih.

“Terima kasih buat lelaki yang telah berkorban segala-gala untuk adik perempuannya,” tulis Chanita pada kapsyen.

Anak bongsu daripada dua beradik itu tinggal bersama ibu dan abang. Pekerjaan ibu mereka sebagai penoreh getah tidak mampu menyara keluarga.

Justeru abangnya mengambil keputusan besar berkorban berhenti sekolah bagi memberi laluan kepada Chanita sekali gus bekerja bagi menanggung kos pembelajaran si adik.

Baca juga: Tular adik menari depan pintu tunggu abang balik kerja, ibu dedah rahsia keakraban tiga bersaudara

Baca juga: Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

Tidak hanya itu, sejak awal lagi abangnya bertekad akan bekerja keras memastikan Chanita menjejakkan kaki ke menara gading.

Warga maya dari seluruh pelosok dunia tersentuh dan sebak menyaksikan video berkenaan.

Malah ada sesetengah yang turut berada di posisi Chanita dan abangnya mengenang kembali jasa serta pengorbanan adik-beradik masing-masing.

-“Macam saya dahulu lupakan niat sambung belajar untuk beri laluan kepada adik perempuan.”

-“Indahnya hubungan adik-beradik, moga ALLAH merahmati anak muda ini dan adiknya selalu.”

-“Kasih sayang abang tanpa sempadan, gadis ini beruntung. Moga terus sukses.”

-“Pengorbanan abang berbaloi, semoga adik beroleh masa depan yang lebih baik dan memperbaiki nasib keluarga mereka.”

-"Terima kasih kerana tidak menyisihkan abang anda, kenang pengorbanan dan balaslah jasanya."

Baca juga: Kisah benar, 36 tahun menyamar jadi lelaki, tindakan nekad ibu tunggal membuatkan ramai terkejut

Sumber: TikTok chnitakotchasit

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang