Angka perokok bakal menurun menjelang tahun 2025
BERITA baik bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan kadar perokok mula menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya.
Berdasarkan catatan global bagi tahun 2020 menunjukkan 1.30 juta perokok berbanding 1.32 juta individu pada 2018.
Memetik laporan AFP, jumlah tersebut dipercayai akan menurun kepada 1.27 juta menjelas tahun 2025.
"Ini merupakan satu hal yang menggembirakan apabila melihat pengguna bahan tembakau semakin berkurangan pada setiap tahun," jelas Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menurut catatan WHO, lebih lapan juga perokok meninggal dunia setiap tahun sementara 1.2 juga individu merupakan bukan perokok, tetapi maut disebabkan asap rokok.
Dipercayai angka kematian disebabkan rokok dan asap rokok juga bakal meningkat setiap tahun.
Sebanyak 60 buah negara kini sudah menunjukkan reaksi positif dalam pengurangan penggunana bahan tembakau sebanyak 30 peratus antara tahun 2010 hingga 2025.
"Tembakau bukan sahaja membunuh penggunanya, tetapi turut menjadi individu di sekitar mereka sebagai mangsa," jelas Ketua Bahagian Promosi Kesihatan WHO, Ruediger Krech.
Segala jumlah tersebut bagaimanapun tidak termasuk data pengguna rokok elektronik.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang