Bercinta setahun, lelaki terkejut identiti 'isteri' terbongkar selepas berkahwin

PENYAMARAN seorang 'wanita' akhirnya terbongkar selepas berkahwin dengan seorang lelaki di Cianjur, Jawa Barat
Pemuda dikenali AK,26 itu terkejut apabila isteri dikahwininya, Adinda Kanza merupakan seorang lelaki.
Pernikahan pasangan tersebut berlangsung pada 12 April lalu, daripada foto-foto pada majlis perkahwinan mereka terlihat pengantin wanita itu memakai busana pengantin muslim dengan wajah yang sudah disolek.
AK termasuk keluarga tidak mensyaki kerana wajah Adinda disebalik solekan juga tidak memiliki potongan muka lelaki.
Penyamaran wanita jadian berkenaan membuat suaminya mabuk kepayang, setelah setahun berkenalan menerusi media sosial, AK memutuskan untuk meminang Adinda.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Naringgul, Bripka Ridwan Taupik, Adinda kerap memakai baju muslimah dan niqab.
"Sejak berkenalan satu tahun lalu, AK dan Adinda sering bertemu seperti sepasang kekasih.
"Bahkan AK sering membawa Adinda untuk berjumpa dengan ibu bapanya," tambah Ridwan.
Hubungan mereka semakin serius hingga membawa ke jenjang pelamin.
"Namun, mereka mengambil masa hingga 12 hari sebelum melangsungkan pernikahan kerana suspek memberi alasan kononnya tidak tahu keberadaan ayahnya.
"Susulan itu, keluarga AK menjadi curiga dan menyiasat perkara berkenaan," ujarnya.
Ridwan berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga AK mengenai kejadian itu. Ekoran daripada itu, Adinda telah ditahan.
“Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku menipu mangsa kerana mahukan wang. Jika disabitkan kesalahan, dia berdepan hukuman penjara selama empat tahun,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
