Gara-gara 'Black Death Sweet', kanak-kanak perempuan 10 tahun alami pengalaman ngeri

Copy of Copy of gambar portal_20240422_074213_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240422_074213_0000
A
A
A

 

PENANGAN cabaran makan 'Black Death Sweet' di TikTok, seorang kanak-kanak perempuan dikejarkan ke hospital selepas tekaknya melecur seperti terkena bahan kimia.

Mia-Rose Bowyer, 10, dari Reading, Berkshire, England mencuba gula-gula viral paling masam di dunia ketika tidur di rumah ibu saudaranya.

Dia memasukkan manisan berwarna hitam itu ke dalam mulut kemudian dengan segera mahu meludahnya kerana rasa masam yang terlalu kuat.

Tetapi gagal dan ia tersekat di kerongkongnya.

Ibu saudaranya menyedari kejadian berkenaan melakukan manuver Heimlich iaitu salah satu teknik yang dilakukan untuk mengatasi seseorang tersedak dan terus mendail panggilan kecemasan 999.

Keadaan waktu itu agak teruk apabila bibir gadis kecil itu mula membiru. Selepas dua minit, Mia-Roses berjaya mengeluarkan gula-gula itu.

Dia dikejarkan ke hospital dan doktor memberinya oksigen, steroid serta antibiotik untuk membantu bernafas dan mencegah pembengkakkan.

Peniaga Simms, individu yang menjual gula-gula terbabit, memaklumkan pihak mereka menggantung produk Black Deaths daripada jualan buat sementara waktu.

Bercakap mengenai pengalaman pahit itu, Mia-Rose berkata, dia melihat video di TikTok yang mana kanak-kanak lain mencuba gula-gula Black Death.

"Saya lihat mereka membuat muka lucu dan ingin mencubanya dan ketika itu berada di rumah mak cik untuk menumpang tidur.

"Pada mulanya, ia terasa biasa tetapi kemudian menjadi amat masam. Saya pergi untuk meludahkannya, namun sukar.

"Ia benar-benar menakutkan. Lega apabila ia keluar. Ketika gula-gula itu berjaya dikeluarkan, saya baling ke lantai dan peluk mak cik. Saya fikir saya akan mati," katanya.

Sumber : Daily mail UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang