Impi mahu 105 orang anak, pasangan jutawan Rusia ini sanggup berbelanja lebih RM4.6 juta

A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

MEMILIKI anak yang ramai memang membahagiakan.

Apatah lagi jika suami isteri berkemampuan untuk menanggung keperluan cahaya mata lebih daripada 10 orang atau mungkin lebih daripada itu.

Kepada yang berkahwin pada usia muda dan dikurniakan zuriat memang satu rezeki.

misi anak 105 orang jutawan rusia

Ia akan menjadi lebih indah jika suami dan ahli keluarga yang lain memberi sokongan kuat.

Barangkali disebabkan mahu memenuhi impian memiliki anak yang ramai, pasangan jutawan dari Rusia sanggup membelanjakan kira-kira 800,000 pound sterling (RM4.6 juta).

Pasangan hartawan hartanah dan pengangkutan itu dikatakan mahukan anak berjumlah lebih 100 orang!

Bukan 'kaleng-kaleng' angka yang mereka nak itu.

misi anak 105 orang jutawan rusia

Lapor mirror.co.uk, Kristina Öztürk dan suaminya, Galip Öztürk, 57, sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan 20 bayi dalam tempoh setahun.

Mereka sanggup mengupah ibu tumpang semata-mata untuk merealisasikan impian hebat itu.

Di Rusia, kaedah ibu tumpang dibenarkan asalkan sanggup membiayai kos perkhidmatan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 8,000 euro (RM39,801).

misi anak 105 orang jutawan rusia

Menerusi akaun Instagram isteri hartawan yang berusia 23 tahun itu, beliau membayangkan untuk mempunyai 105 anak ketika dirinya sudah mencapai usia 30 tahun.

Secara matematiknya, dalam setahun, mereka perlu ada 12 orang anak.

Setakat artikel ini disiarkan, pasangan berkenaan sudah mempunyai 20 cahaya mata.

Anak pertama merupakan anak mereka sendiri yang dinamakan sebagai Victoria, 7, atau mesra dipanggil Vika.

misi anak 105 orang jutawan rusia

Vika dilahirkan pada 11 November 2014. Sejak dari tarikh itu iaitu dalam tempoh tujuh tahun, wanita berkenaan tidak lagi hamil dan bergantung kepada kaedah ibu tumpang.

Selain Vika, berikut antara 14 lagi anak pasangan itu dan tarikh kelahiran mereka:

1. Mustafa (10 Mac 2020)

2. Mariam (17 April 2020)

3. Ayrin (19 April 2020)

4. Alisa (19 April 2020)

5. Hasan (29 Mei 2020)

6. Judi (29 Mei 2020)

misi anak 105 orang jutawan rusia

7. Harper (17 Jun 2020)

8. Anna (28 Julai 2020)

9. Izabella (1 Ogos 2020)

10. Ismail (20 Ogos 2020)

11. Mehmet (31 Ogos 2020)

12. Ahmet (27 September 2020)

13.Lokman (10 November 2020)

14. Olivia (1 Januari 2021)

Comel dan enak didengar nama-nama bayi tersebutkan?

misi anak 105 orang jutawan rusia

Apa yang menariknya mengenai pasangan itu, mereka sentiasa berkongsi gambar anak-anak mereka dalam media sosial

Seramai 16 pembantu diupah untuk menjaga anak-anak hartawan itu juga ya.

Mungkin bagi mereka, kos yang berjuta-juta perlu ditanggung bukan menjadi penghalang besar.

Di Malaysia, 10 orang pun sudah dianggap ramai. ?

misi anak 105 orang jutawan rusia

Lagi ramai anak, lagi meriah rumahkan? Seronok sangat kalau tiba Hari Raya atau majlis keramaian. Meriah jadinya!

Moga-moga wabak Covid-19 dapat segera hilang di muka bumi dan dapatlah kita semua pulang ke kampung menjenguk insan tersayang.

Apa yang penting, semua perlu patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi menurunkan kes jangkitan dalam negara yang kini sudah mencecah 1 juta orang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang