Tak sempat rasa air tangan mak, ulang tahun ke-13 bertukar tragedi, remaja sebak ibu maut kemalangan selepas beli bahan masakan

No Image Caption
A
A
A

KEHILANGAN ibu tersayang adalah antara dugaan paling berat buat seorang anak, apatah lagi apabila ia berlaku pada hari yang sepatutnya menjadi detik paling istimewa dalam hidupnya.

Namun, itulah yang terpaksa dihadapi remaja, Ku Haris Ku Sofian, 13, apabila ibunya, Noryshah Umar, 47, dijemput Ilahi dalam satu kemalangan pada petang Isnin.

Lebih menyentuh hati, Allahyarham yang merupakan pekerja kantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan tinggal di Kampung Tebuk Tengah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

No Image Caption

Difahamkan dalam perjalanan pulang, ibu kepada tiga cahaya mata itu sebelum singgah membeli bahan masakan bagi menyediakan hidangan sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-13 yang jatuh pada 23 November.

Dalam pada itu, anak kedua Allahyarham, Ku Hekmar Diania, 21, ketika dihubungi SinarPlus mengesahkan tarikh kematian ibunya tepat pada hari lahir ke-13 adik bongsu, Ku Haris.

Menerusi hantaran di TikTok, Ku Hekmar turut memohon orang ramai mendoakan ibunya.

"Doakan mak saya, dia orang beriman. Keman rindu mak, tunggu Keman di sana mak," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa sebak mengenangkan keadaan adiknya yang baharu kehilangan ibu tersayang.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115ZR dari arah Jalan Kampung Serdang menuju ke Kampung Tebuk Tengah.

"Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sendiri ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

"Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.

Kemalangan berlaku di jalan lurus satu lorong dua hala ketika cuaca baik dan permukaan jalan kering, manakala motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

S

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang