Isteri Ustaz Abdul Somad tampil berniqab, seminggu selepas bernikah. Sejuk mata memandang

A
A
A

SEMINGGU selepas majlis perkahwinan berlangsung, isteri kepada pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad menjadi tumpuan ramai apabila tampil berniqab.

Fatimah Azzahra Salim Barabud berusia 19 tahun sebelum ini menyarungkan gaun dan menampakkan wajahnya yang cantik pada majlis perkahwinan. Terkini wanita kelahiran 1 Oktober 2001 itu mengambil keputusan memakai niqab.

Menerusi sekeping foto dalam hantarannya di Instagram, Fatimah Azzahra yang mendapat pendidikan di sebuah institusi tahfiz iaitu Pondok Pesantren Gontor itu memakai sehelai jubah berwarna hijau tua dan niqab rona hitam.

Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan 28 April lalu di kediaman Fatimah di Jombang, Jawa Timur. Perbezaan usia 24 tahun mereka berdua juga menjadi perhatian ramai.

Semoga Ustaz Abdul Somad dan Fatimah Azzahra terus berbahagia hingga ke Jannah.

Sumber: Instagram Fatimah Azzahra Salim Barabud

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang