Dilepas bebas tuduhan r*gol, Syed Shah Iqmal gugur air mata, Hana Ismail menangis

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS melalui perjalanan kes mahkamah yang panjang, pendakwah selebriti, Da’i Syed akhirnya menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Keputusan berkenaan menyentuh hati nama finalis rancangan televsyen Da'i itu  itu yang sebelum ini berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi hingga dilaporkan  tidak dapat menahan air mata ketika mendengar keputusan tersebut di kandang tertuduh.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan akhir yang dikemukakan Da’i Syed menerusi keputusan majoriti dua daripada tiga panel hakim, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.

Foto: Bernama (Gambar fail)
Foto: Bernama (Gambar fail)

Sementara itu, isterinya Hana Ismail yang berada di galeri awam turut dilihat menangis sambil meraup wajah sejurus keputusan diumumkan.

Artikel berkaitan

Memetik Sinar Harian, panel hakim diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, manakala seorang lagi hakim, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid tidak bersetuju dengan keputusan majoriti berkenaan.

Ketika membacakan keputusan, Azman berkata, pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan 10 tahun serta tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan,” katanya.

Untuk rekod, pada 10 Disember 2020, Da’i Syed didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di Seksyen 7, di sini, kira-kira jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang