Kronologi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 Milik Indonesia. Serpihan, objek ditemui sahkan ia karam

A
A
A

KINI lebih 72 jam sudah berlalu. Kapal selam KRI Nanggala 402 milik Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) yang hilang di perairan Bali Rabu lalu sehingga kini masih belum ditemui. Nasib 53 anak kapal juga masih belum diketahui.

KRI Nanggala 402 dikatakan membuat selaman bagi mengikuti latihan penembakan torpedo di perairan Bali Utara.

Juru cakap TNI-AL dalam kenyataannya memaklumkan kapal selam itu sedang mengikuti latihan di perairan Bali Utara. Namun, KRI Nanggala 402 tidak menyampaikan hasil latihannya sebelum terputus hubungan dengan pangkalan.

Pelbagai usaha untuk mengesan, mencari dan menyelamat dilakukan. Setakat ini beberapa petunjuk ditemui dan amat membantu pencarian. Ini ialah kronologi kehilangan KRI Nanggala 402 yang dipetik daripada sebuah portal berita.

21 April 2021

3.00 pagi: KRI Nanggala 402 meminta izin menyelam.

3.46-4.46 pagi:  KRI Nanggala 402 secara tiba-tiba terputus hubungan. Panggilan dari pangkalan tidak mendapat sebarang respons. Periskopnya juga tenggelam. Hubungan kapal ini dengan pangkalan terputus.

TNI terus mengerahkan seluruh kekuatan kapal yang memiliki kemampuan mencari objek di bawah permukaan air miliknya dalam proses mencari dan menyelamat.

7.00 pagi: Melalui tinjauan udara oleh helikopter, tumpahan minyak ditemui di sekitar lokasi awal KRI Nanggala 402 menbuat selaman,

4.17 petang: Helikopter diterbangkan untuk melakukan tinjauan petunjuk visual. Namun tidak mendapat sebarang penemuan.

5.15 petang: KRI Nanggala-402 dijadualkan muncul lagi di permukaan air namun ia tidak kunjung timbul. TNI-AL lalu melakukan prosedur yang dijalankan bagi mencari kapal selam hilang hubungan dan mengalami permasalahan iaitu submissed.

6.46 petang: TNI AL mengeluarkan isyarat submissed atau kapal selam hilang. Seluruh tenaga dikerahkan untuk mencari KRI Nanggala 402 dan sebarang latihan lain ditunda.

Laksamana Yudo Margono berkata pihaknya akan melakukan subsunk jika sudah mendapat kepastian kapal selam itu tenggelam dengan bukti.

11.00 malam: Dalam kenyataan kepada media, KRI Nanggala 402 dikatakan jatuh pada kedalaman 600 hingga 700 meter. Laksamana Pertama Julius Widjojono mengatakan kapal tersebut mungkin mengalami black out.

Menurutnya, kapal itu mungkin mengalami kerosakan hingga tidak mampu timbul ke permukaan semula. Tumpahan minyak yang ditemui sebelum ini mungkin membuktikan adanya keretakan pada tangki kapal selam berkenaan. Ia juga berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan akibat tekanan air laut.

22 April 2021

Keadaan di dalam KRI Nanggala 402

Pergerakan objek bermagnet tinggi di bawah air dikesan tetapi ia tidak dapat dipastikan. Petunjuk itu diperolehi KRI Raden Eddy Martadinata 331. Pergerakan objek berkenaan pada kelajuan 2.5 knot bagaimana pun kemudiannya hilang.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Artikel berkaitan: KRI Nanggala 402 Masih Belum Ditemui, Oksigen Cukup-Cukup Untuk Hari Ini. Isteri WhatsApp Rayu Suami Pulang

23 April 2021

Titik magnet berkekuatan tinggi ditemui pada kedalaman 50 hingga 100 meter oleh KRI Pulau Rimau 724.

Tumpahan minyak juga ditemui di lokasi pencarian kapal selam itu menurut Laksamana Yudo Margono menunjukkan kemungkinan kru kapal membuangnya untuk meringankan agar kapal terapung.

Pada sebelah petang, pencarian difokuskan di utara Bali iaitu sekitar 40 km dari Celukan Bawang.

Bantuan dalam pencarian

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat KRI Nanggala 402 yang hilang di perairan utara Pulau Bali terus menerus dilakukan. Pelabuhan Tanjungwangi, Banyuwangi menjadi sibuk dengan trafik kapal dari pelbagai pihak yang melakukan pencarian.

Selain daripada 21 kapal milik TNI dan bantuan armada kapal dari Polis Republik Indonesia, turut membantu ialah kapal-kapal dari negara jiran Singapura, Malaysia, Australia dan India. Amerika Syarikat juga turut menghantar pesawat P-8 Poseidon milik angkatan tentera lautnya bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

INFO MENGENAI KAPAL SELAM KRI NANGGALA 402

Kapal selam ini berukuran 60 meter panjang dan 6 meter lebar. Ia mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 21.5 knots. Kapal buatan Jerman tahun 1979 ini mampu menyelam selama 3 bulan dengan kedalaman maksimum 250 meter di bawah permukaan laut. Dari  segi persenjataan, KRI Nanggala 402 dilengkapi 14 buah torpedo 21 inci di dalam 8 tabung.

24 April 2021

Ketua TNI-AL, Laksamana Yudo Margono berkata, pasukan mencari menemui serpihan-serpihan KRI Nanggala termasuk barangan dari dalam kapal selam tersebut yang dipercayai kehabisan bekalan oksigen.

“Kami telah mengubah status KRI Nanggala daripada kapal selam hilang (submiss) kepada kapal selam karam (subsunk). Kami mempunyai bukti sahih yang dipercayai datangnya daripada kapal KRI Nanggala 402.

Penemuan serpihan komponen kapal selam pada petang semalam yang memberi keyakinan kepada pasukan tentera untuk mengumumkan status kapal itu kepada ‘subsunk’ (tenggelam).

Antara barangan yang ditemui termasuk serpihan torpedo dan botol minyak gris yang digunakan sebagai pelincir periskop kapal selam . Turut ditemui cebisan sejadah yang digunakan oleh kru KRI Nanggala.

Pencarian kapal selam KRI Nanggala 402 tetap diteruskan awal pagi semalam meskipun telah melepasi tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen 72 jam iaitu pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Seramai 53 anak kapal masih tidak ditemui jasadnya. Ramai yang mendoakan mereka pada posting media sosial dengan tanda pagar #prayfornanggala402. Pelbagai ucapan dan doa dikirimkan mengenang jasa dan pengorbanan perajurit KRI Nanggala 402.

Berikut merupakan senarai nama anak kapal tersebut:

1. Heri Oktavian – Letkol Laut (P) -Komandan KRI Nanggala-402

2. Eko Firmanto – Mayor Laut (P)

3. Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T)

4. Yohanes Heri – Kapten Laut (E)

5. I Gede Kartika – Kapten Laut (P)

6. Muhadi – Lettu Laut (P)

7. Ady Sonata – Lettu Laut (P)

8. Imam Adi – Lettu Laut (P)

9. Anang Sutriatno – Lettu Laut (T)

10. Adhi Laksmono – Letda Laut (E)

11. Munawir – Letda Laut (P)

12. Rhesa Tri – Letda Laut (T)

13. Rintoni – Letda Laut (T)

14. M Susanto – Letda Laut (P)

15. Ruswanto – Serka Bah

16. Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah

17. Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu

18. Achmad Faisal – Sertu Kom

19. Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom

20. M Rusdiyansyah – Sertu Eko

21. Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki

22. Dedi Hari Susilo – Sertu Mes

23. Bambang Priyanto – Serda Bah

24. Purwanto – Serda Kom

25. Eko Prasetiyo – Serda Kom

26. Harmanto – Serda Ttu

27. Lutfi Anang – Serda Ttu

28. Dwi Nugroho – Serda Atf

29. Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede

30. Misnari – Serda Eta

31. Setyo Wawan – Serda Saa

32. Hendro Purwoto – Serda Lis

33. Guntur Ari Prasetyo – Serda Mes

34. Diyut Subandriyo – Serda Lis

35. Wawan Hermanto – Serda Lis

36. Syahwi Mapala – Serda Lis

37. Wahyu Adiyas – Serda Lis

38. Edi Wibowo – Serda Lis

39. Kharisma D.B – Kopda Eta

40. Nugroho Putranto – Kopda Tlg

41. Khoirul Faizin – Kopda Mes

42. Maryono – Kopda Trb

43. Roni Effendi – Klk Eta

44. Distriyan Andy P – KLK Eta

45. Raditaka Margiansyah – KLS Isy

46. Gunadi Fajar R – KLS Isy

47. Denny Richi Sambudi – KLS Nav

48. Muh Faqihudin Munir – KLS Mes

49. Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK

50. Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel

51. Irfan Suri – Letkol Laut (E)

52. Whilly – Mayor Laut (E)

53. Suheri – PNS

 

 

 

Sumber: Detik News, CNN Indonesia dan Wikipedia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang