Pelukis karikatur Nabi Muhammad SAW, meninggal dunia
SEORANG pelukis berasal dari Sweden, Lars Vilks dilaporkan telah meninggal dunia dalam satu kejadian kemalangan baru-baru ini.
Memetik laporan CNN Indonesia, berita tersebut disahkan oleh kekasihnya yang tidak didedahkan identiti.
Difahamkan, kemalangan berpunca daripada sebuah truk yang hilang kawalan lalu merempuh kenderaan yang dinaiki Vilks, 75, bersama dua anggota polis di Markaryd, Selatan Sweden.
Difahamkan dua anggota polis terbabit turut meninggal dunia manakala pemandu truk dikejarkan ke hospital berhampiran akibat cedera parah.
Vilks yang mendapat perlindungan daripada pihak polis kerana sering mendapat ugutan bunuh ekoran tindakan melampaunya melukis karikatur memaparkan Nabi Muhammad SAW pada tahun 2007.
Hal tersebut telah mengundah marah dalam kalangan umat Islam termasuk kumpulan al-Qaeda yang menawarkan USD$100,000 (RM417,300) kepada yang sanggup menghabiskan nyawa Vilks.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang