Syoknya! Penjawat awam Tokyo kerja 4 hari seminggu, ikhtiar tingkat kadar kelahiran
BERTUAHNYA bagi Penjawat awam Jepun kerana Gabenor Tokyo mahu memperkenalkan empat hari bekerja dalam seminggu untuk kakitangan kerajaan di ibu negara Jepun itu, sebagai sebahagian daripada usaha seluruh negara untuk menggalakkan rakyatnya menjadi ibu bapa.
Perdana Menteri Shigeru Ishiba menggelar kadar kelahiran Jepun yang sangat rendah sebagai 'kecemasan senyap' sekali gus mengikrarkan dasar seperti waktu kerja fleksibel.
Menyifatkan ibu yang bekerja harus tetap memikul beban rumah tangga, membesarkan anak dan menjaga saudara-mara menjadi faktor utama di sebalik penurunan kadar kelahiran.
Gabenor Yuriko Koike yang menawarkan penjawat awam Kerajaan Metropolitan Tokyo opsyen bekerja mingguan yang disingkatkan mulai April 2025 dengan tujuan menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan kepada staf mereka yang bergelar ibu bapa.
"Ketinggalan dalam pemerkasaan wanita adalah isu lama Jepun. Mengatasi status quo dan menjadikan masyarakat lebih pelbagai serta makmur adalah kunci untuk masa depan kita yang cerah.
"Kami akan bermula dengan memberi sokongan menyeluruh untuk keseimbangan kerja-kehidupan dengan memperkenalkan sistem waktu kerja yang lebih fleksibel, seperti cuti tiga hari seminggu," katanya dalam ucapan dasar pada satu perhimpunan.
Jurucakap Kerajaan Metropolitan, Tokyokata Sachi Ikegami berkata, di bawah rancangan itu, kakitangan kerajaan kecuali mereka yang bekerja secara syif mungkin akan bercuti sehingga tiga hari setiap minggu tetapi masih perlu menyelesaikan waktu kerja 155 jam sebulan.
Pekerja yang membesarkan anak kecil juga akan ditawarkan waktu kerja lebih fleksibel, dengan hari bekerja dipendekkan sehingga dua jam, tambah Ikegami.
Sekadar info, walaupun banyak negara maju bergelut dengan kadar kelahiran yang rendah, masalah berkenaan amat meruncing di Jepun yang mana populasi negara itu merekodkan penurunan selama 15 tahun berturut-turut.
Malah, Jepun juga mempunyai populasi penduduk tua kedua teramai di dunia selepas Monaco dan mempunyai peraturan imigresennya yang agak ketat.
Hal berkenaan bermakna Jepun berisiko menghadapi kekurangan tenaga kerja pada masa akan datang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang