Pengetua sanggup habiskan sisa makanan pelajar, pupuk amalan tidak suka membazir
MELENTUR buluh biar dari rebungnya.
Acapkali kita diingatkan supaya menhabiskan makanan untuk mengelakkan pembaziran, terutamanya semasa masih kecil.
Malah amalan mengambil atau membeli makanan secara berlebih-lebihan hingga tetapi tidak dihabiskan juga salah satu bentuk pembaziran.
Pengetua sebuah sekolah swasta di China sanggup bertindak menghabiskan makanan yang tidak dihabiskan pelajarnya semata-mata untuk mendidik anak muridnya tentang budaya mengelak pembaziran.
Pengetua sekolah menengah swasta, Wang Yongxin, yang terletak di Oiyang wilayah Hunan memakan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan pelajar di kantin sekolah sebagai memberi amaran kepada mereka agar tidak membuang makanan.
Sebuah video memaparkan Wang berdiri di sebelah tong sampah di kafeteria dan menghalang pelajar membuang sisa makanan mereka.
Pelajar memerhatikan Wang makan dengan ekspresi malu di wajah mereka sementara yang lain menghabiskan makanan mereka agar tidak dibuang.
Pendidik berusia 58 tahun itu memberitahu akhbar tempatan Xiaoxiang Morning Post tindakan itu dilakukan beliau sejak minggu lalu.
Dia telah mendapat sajian makanan untuk tiga kali sehari dengan cara menghabiskan makanan pelajar.
Katanya, minggu lalu dia telah menghabiskan sisa makanan sekitar enam atau tujuh pelajar ketika masa makan tengah hari.
"Saya ingin memberi contoh kepada anak-anak, memberitahu mereka bahawa membuang makanan itu membazir. Tingkah laku saya bukan sahaja mengejutkan kanak-kanak tetapi juga guru.
"Beberapa kanak-kanak menghabiskan makanan mereka ketika melihat saya memakan sisa yang ditinggalkan rakan sekelas mereka. Sekarang ada di antara mereka yang secara sukarela memberitahu staf berapa banyak makanan yang mereka perlukan. Dengan cara ini kami dapat membantu mengurangkan sampah, ”katanya.
Walaupun ramai yang memuji tindakannya di luar kotak untuk mencegah pembaziran makanan, namun ramai juga yang menyatakan kebimbangan mengenai risiko kesihatan yang dihadapi Wang.
"Bagus untuk berjimat, tetapi memakan sisa makanan orang lain adalah contoh buruk dalam situasi wabak ini. Mungkin mereka harus memikirkan cara lain untuk mendidik para pelajar, ”kata seorang pengguna Weibo.
Namun, Wang memberikan reaksi berkata semua makanan adalah dari dapur yang sama dan dia tidak bimbang.
“Semua pelajar dan guru makan di sini. Saya menganggap anak-anak ini adalah anak saya sendiri, jadi tidak ada batasan dalam fikiran saya, " katanya.
Mungkin tindakan yang dilakukan pengetua berdedikasi ini boleh mengurangkan pembaziran, namun faktor kebersihan dan kesihatan juga perlu diambilkira.
Sumber: India Times
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang