Fuad Rahman kecewa isteri dedah aib rumah tangga. 'Hati suami kau tak kisah?'
PENYANYI Fuad Rahman meluahkan perasaan kecewa atas tindakan isterinya, Tom yang dilihat mededahkan masalah rumah tangga mereka kepada umum.
Menerusi hantaran di Facebook, Fuad atau nama penuhnya Fuad Abdul Rahman, 40, memaklumkan bahawa isu tersebut sepatutnya diselesaikan secara tertutup dan tanpa diuar-uarkan di laman sosial.
"Aku tak tahulah nak cakap dengan kau apa lagi. Nak selesaikan masalah bukan di dalam media sosial, beri semua orang tahu.
"Kenapa buka aib sendiri? Kita ini figura awam, ada anak dan ada Anggun yang baru masuk dua tahun. Tinggal sudah jauh-jauh, bolehlah istighfar banyak-banyak.
Menerusi perkongsian tersebut, Fuad mengakui bahawa dia sedar dirinya seorang bekas penagih dadah, namun berasa terkilan apabila nasihatnya sebagai suami tidak dipedulikan.
"Macam aku ini, aku sedar aku penagih, keluar masuk penjara banyak kali. Jadi apabila suami nasihat dan tegur, kau marah.
"Kau kira hati kau saja ya? Hati suami kau, kau tak kisah ya? Tak apalah, ALLAH ada," titip Fuad.
Menjawab kenyataan Tom yang seakan-akan memberi bayangan membuka ruang kepada wanita lain untuk menggantikan tempatnya sebagai isteri, peserta Gegar Vaganza musim ke-9 itu menegaskan bahawa dia tidak pernah memiliki sebarang perancangan untuk mendapatkan pengganti.
"Untuk nak cari lain, itu bukan aku, insya-ALLAH. Tapi untuk awak, saya rasa ramai sedang menunggu.
"Jadi, aku sudah tidak payah mesej atau hubungi orang yang ganggu kau lagi.
"Sekarang kau nak berkawan dengan sesiapa, pergilah. Nak meluncur (surf) tak nak pakai baju pun pergilah. Buatlah apa yang bagi kau baik ya.
"Jadi yang kepo-kepo boleh tepuk tangan bersama iblis ya kerana hasutan yang selalu dilakukan oleh mereka hampir berjaya, tapi insya-Allah aku tak akan menyerah kalah kerana hati aku masih sayang kan kau Fara," titipnya.
Terdahulu, ada Jumaat, Tom menerusi satu hantaran di Facebook mendakwa akan berpisah dengan Fuad.
Kongsi Tom, asbab keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan kecurangannya dengan lelaki lain.
Terdahulu timbul dakwaan rumah tangga pasangan ini berantakan namun dakwaan itu dinafikan.
Sekadar rekod, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 39, dan Fuad berkahwin pada 26 Februari 2023 selepas selesai terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.
Hasil perkahwinan terdahulu, Tom memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
