Perompak 'putih mata', beg disangka ada RM58 ribu hanya berisi lampin
AKIBAT tersalah beg, lima perompak di Kabupaten Indramayu, Indonesia berputih mata dalam kejadian Khamis lalu.
Itu kerana beg yang dirompak hanya berisi lampin.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Difahamkan beg asal yang sepatutnya dirompak mempunyai wang sebanyak 200 juta rupiah (anggaran RM58,442.96).
Menurut Ketua Polis Jatibarang, Kompol Ujang Rohimin, suspek ketika itu bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita yang meletakkan kenderaannya di RTH Jatibarang.
Setelah menerima laporan, anggota segera ke lokasi kejadian dan memeriksa apa yang ada di dalam kereta.
Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengambil beg plastik berisi lampin.
Manakala duit sebanyak 200 juta rupiah tersebut masih berada di tempat duduk belakang dalam kenderaan berkenaan.
Ujarnya lanjut, kelima-lima suspek telah pun ditahan dan mereka sebelum ini pernah didakwa memecah masuk kereta rasmi Waka Polres Lebak.
Baca juga 10 fakta Ribut Eunice, membadai UK dan Eropah 196 km/j, ragut 16 nyawa
Hasilnya mereka dipercayai berjaya mencuri wang sebanyak 100 juta rupiah (anggaran RM29,214.12) pada Disember 2021. Suspek masih dalam siasatan polis.
Sumber: Kompas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang