TikTok buang 380,000 video, 1,300 akaun kerana ucapan kebencian, perkongsian 'tragedi ganas'

A
A
A

SEPATUTNYA media sosial yang ada pada hari ini digunakan sebaiknya oleh manusia di muka bumi. Kemudahan itu boleh digunakan untuk mengeratkan kasih sayang sesama kita.

Media sosial seperti TikTok boleh digunakan dengan cara kreatif untuk menyampaikan ilmu, menyemarakkan kebaikan atau menjana pendapatan.

Pun begitu, sebaliknya pula yang berlaku hinggakan TikTok pada Khamis memaklumkan terpaksa membuang lebih 380,000 video di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini.

Ia sebagai sebahagian daripada misinya untuk 'menghapuskan kebencian' menerusi platform itu.

TikTok turut melarang kira-kira 1,300 akaun kerana melanggar peraturan terhadap kandungan atau tingkah laku yang membenci, dan menghapuskan 64,000 komen atas alasan yang sama.

Itu yang dimaklumkan pihak aplikasi sensasi itu.

TikTok mengatakan dalam catatan blognya bahawa ia telah bertindak terhadap kandungan seperti gangguan berdasarkan kaum.

Pihak aplikasi video pendek ini juga memaklumkan bahawa ia juga mempunyai dasar toleransi sifar terhadap kumpulan yang membangkitkan kebencian dan menolak 'tragedi ganas' seperti Holocaust atau perhambaan.

Kandungan berdasarkan ras yang berkait 'tragedi ganas' seperti Holocaust atau berkaitan kanak-kanak menjadi sasaran pengguna TikTok yang tidak bertanggungjawab. Foto: ADL

Aplikasi ini, yang sangat popular akhir-akhir ini dalam kalangan remaja, terkenal dek tarian dan miming serta cabaran membasmi virus penyakit. Akan tetapi, tinjauan oleh Liga Anti-Fitnah awal bulan ini mengatakan bahawa platform itu digunakan untuk menyebarkan kebencian terhadap golongan tertentu.

"Walaupun TikTok berusaha untuk menyederhanakan atau membuang kandungan ekstremis melalui garis panduan komuniti yang merangkumi pelbagai kandungan yang bermasalah, dari ucapan kebencian hingga perbincangan mengenai kecederaan diri, tinjauan singkat platform oleh ADL's Center on Extremism mendapati bahawa supremasi kulit putih dan antisemites menggunakan pelbagai kaedah di platform untuk merekrut pengikut baru dan berkongsi kandungan yang dibenci, '' kata ADL dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, TikTok mengakui jumlah jumlah posting dan akaun berkenaan tidak menggambarkan kadar kejayaan 100 peratus dalam menarik setiap bahagian kandungan atau tingkah laku yang membenci dan menggugat kesejahteraan sejagat.

Begitupun, tindakan berkenaan dirasakan menunjukkan komitmen pihak media sosial terbabit untuk bertindak.

"Matlamat kita adalah untuk menghapuskan kebencian melalui TikTok," kata Ketua Keselamatan TikTok AS, Eric Han dalam kenyataan yang dimuat naik di blognya.

Eric baru-baru ini memaklumkan menggariskan peraturan dan tindakan yang diambil untuk lebih menyukarkan carian kandungan yang mengancam, ganas atau tidak berperikemanusiaan di TikTok.

Sebelum ini telah memberi amaran untuk menyahkan penggunaan TikTok di AS, Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran kepada syarikat induk TikTok, ByteDance, yang berpangkalan di China.

TikTok memaklumkan, data pengguna AS disimpan di negara itu, dengan data sokongannya di Singapura.

TikTok turut dilaporkan merancang untuk membuat tuntutan dek pemerintahan Trump atas perintah eksekutif presiden itu yang melarang aplikasi China dari AS tersebut. -Reuters

Ada juga ke orang kita yang mengikut tindakan cuba sebarkan kebencian melalui aplikasi itu? Sebarkan kebencian pada orang lain tak tentu hala?

Moga kita memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya. Yang penting ia tidak digunakan untuk mengganggu-gugat keharmonian dalam negara yang kita kecapi selama hari ini. -AG

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang