Umur 23 tahun sudah punya 11 bayi, ibu muda ini bergilir-gilir tugas urus anak dengan suami
UMUR baru mencecah 23 tahun, tetapi sudah miliki 11 orang cahaya mata!
Memang sukar mahu digambarkan bagaimana seorang ibu menguruskan anak-anaknya yang pastinya meminta perhatian pada satu masa.
Namun, itulah kehidupan yang direntas wanita bernama Christina Ozturk.
Menerusi satu perkongsian bersama Bright Side, ibu muda itu mengakui sangat menyukai kanak-kanak dan sudah menjadi impiannya untuk miliki sebuah keluarga yang besar.
Menurut Ozturk lagi, ketika berumur 17 tahun, beliau sudah bergelar ibu apabila melahirkan anak pertamanya, Victoria.
Ketika itu, dirinya berstatus ibu tunggal. Namun, kehidupannya menunjukkan transisi positif selepas bertemu dengan suaminya kini.
Mereka berdua jatuh cinta pada pandangan pertama dan terus berkahwin.
Memandangkan mustahil untuk memiliki ramai anak sekali gus, Ozturk dan suaminya turut menggunakan kaedah ibu tumpang untuk membina keluarga yang besar dengan cepat, selain dari rahim wanita itu sendiri.
Kebanyakan anak-anak pasangan tersebut dilahirkan pada masa yang sama dan ada di antara mereka yang sebaya.
Akui ibu muda berkenaan lagi, walaupun tidak melahirkan kesemua zuriat, namun beliau dengan tegas menyatakan, kesemuanya ialah anak-anaknya.
Malah, pasangan sehati sejiwa itu berhasrat untuk miliki lebih ramai anak. Pun begitu tidak menetapkan jumlah sebenar.
Baca ni 'Fat shaming': Sindir isteri sendiri gemuk selepas hamil, suami Alia Bhatt mohon maaf
STRATEGI URUS ANAK
Bagaimana pasangan tersebut mengurus belasan anak mereka? Jawapannya, Ozturk dan suaminya menyediakan pengasuh dan beberapa orang pembantu.
Tidak mahu terlalu bergantung, wanita itu dan suaminya turut membahagikan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Sekiranya suami keluar bekerja, Ozturk akan mengambil alih tanggungjawab.
Seperti ibu bapa lain, mereka turut membawa anak-anak keluar berjalan-jalan, bermain bersama dan menonton filem bersama-sama.
Setiap hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai masa bersama keluarga yang berkualiti. Malah, setiap daripada mereka juga mempraktikkan waktu makan bersama.
Pasti riuh-rendah rumah pasangan itu dengan suara si anak kecil kan dengan kaletah mereka lagi.
Memang rare betul kisah ibu muda ini. Jarang-jarang ada wanita yang inginkan anak sebegitu ramai.
Sumber: Bright Side
Sumber gambar: batumi_mama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang