'Doakan bonda saya' – Nizar Najib rayu doa ramai, Tengku Puteri Zainah kritikal di ICU

No Image Caption
A
A
A

BEKAS isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dilaporkan kritikal dan kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Khabar duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.

"Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon doa daripada seluruh sahabat handai, saudara-mara dan kenalan agar sama-sama mendoakan kesihatan bonda tercinta, Tengku Puteri Zainah yang kini sedang menerima rawatan di ICU.

No Image Caption

"Keadaan bonda masih kritikal. Semoga ALLAH SWT mengangkat segala kesakitan, memberikan kekuatan dan mengurniakan kesembuhan buat bonda," ungkapnya. 

Dalam masa sama, beliau turut memohon doa daripada sahabat handai, saudara-mara dan kenalan agar segala urusan ibunya dipermudahkan serta diberikan kekuatan sepanjang menerima rawatan.

"Kami sekeluarga amat mengharapkan doa daripada semua. Semoga setiap doa yang dititipkan menjadi asbab rahmat dan pertolongan ALLAH SWT. Amin Ya Rabbal Alamin," katanya.

No Image Caption

Difahamkan, laman sosial Facebook Najib Razak turut memuat naik perkongsian mengenai keadaan kesihatan Tengku Puteri Zainah.

"Kami mendoakan agar ALLAH SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada beliau serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.

"Semoga ALLAH SWT mengangkat segala kesakitan, mempermudahkan urusan rawatan dan mengurniakan kesembuhan yang terbaik buat beliau," kongsinya lagi.

Sekadar info, Najib dan Tengku Puteri Zainah, 65, berkahwin pada tahun 1976 sebelum berpisah pada 1987.

Daripada perkahwinan berkenaan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang