Pencuri marah wanita tinggal anak di dalam kereta, sebelum melarikan SUV mangsa
LUCU. Seorang wanita terpinga-pinga apabila dimarahi lelaki yang telah mencuri kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda Pilot miliknya di Beaverton, Oregon, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.
Pencuri terbabit menegur kecuaian mangsa kerana meninggalkan anak kecil bersendirian di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa.
Difahamkan, ketika kejadian pukul 9.10 pagi wanita itu meninggalkan anak lelakinya berusia empat tahun di dalam kenderaan enjin masih hidup untuk singgah membeli barang dapur di sebuah kedai runcit.
Menurut jurucakap polis Beaverton, Matt Henderson, suspek pada mulanya berniat mencuri lalu telah melarikan kenderaan yang tidak berkunci itu.
"Bagaimanapun, dia (suspek) terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak lelaki berada di tempat duduk belakang SUV.
"Lantas, suspek berpatah balik di tempat parkir kedai runcit dan menyerahkan budak berkenaan kepada ibunya.
"Pada masa sama, suspek turut mengugut untuk melaporkan tindakan wanita itu kepada pihak polis kerana cuai meninggalkan anak di dalam kereta," katanya seperti dilaporkan media tempatan, oregonlive.com.
Dalam keadaan terkejut, wanita tersebut segera mengambil anaknya dan suspek memecut melarikan diri dengan kenderaan SUV berkenaan.
Tambah Henderson, bersyukur kerana sekurang-kurangnya lelaki berkenaan 'bermurah hati' memulangkan budak lelaki kepada ibunya.
Foto: Canva, Freepik dan www.msn.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang