Wanita tanpa perut, Natasha Diddee meninggal dunia
HARIMAU mati meninggalkan Belang, manusia meninggalkan nama. Blogger makanan India popular, Natasha Diddee, hidup tanpa perut selama bertahun-tahun akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun.
Dia menjadi inspirasi kepada masyarakat apabila terus berjuang dan tidak berputus asa meskipun menerima ujian berat.
Natasha sebelum itu berkongsikan eksperimen dengan makanan terpaksa membuang perut selepas menjalani pembedahan akibat tumor dilaporkan meninggal dunia di bandar barat Pune, awal pagi pada 24 Mac lalu.
Berita kematian Natasha juga dikenali sebagai 'The Gutless Foodie', disahkan di Instagram suaminya, Bengt Johansson.
Beliau berkata, akaun Instagram Natasha akan terus aktif kerana kandungannya menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang.
"Dengan penuh duka, saya terpaksa mengumumkan pemergian isteri Natasha Diddee atau dikenali The Gutless Foodie.
"Akaun Instagram @thegutlessfoodie akan terus hidup dan terbuka kerana saya tahu hantaran dan ceritanya memberi inspirasi kepada ramai orang.
"Ramai pengikutnya sering kembali untuk mendapatkan resipinya dan kandungan yang diterbitkan terus menjadi sumber inspirasi bagi ramai orang," katanya.
Bagaimanapun, punca kematian Natasha tidak diketahui, namun dia bercakap mengenai keadaan perubatan kronik yang dialaminya.
Ia termasuk cirit-birit, loya dan pening selepas makan juga dikenali sebagai sindrom lambak (dumping syndrome).
Penulis blog makanan itu terpaksa membuang perutnya melalui pembedahan gastrektomi dan sistem penghadamannya dialihkan untuk memintas perut disebabkan tumor pada 2018.
Selepas prosedur itu, Natasha terpaksa mematuhi garis panduan diet ketat, mengambil makanan yang kecil tetapi kerap dan menguruskan pengambilan kalori dan nutrien untuk memastikan makanan seimbang.
Sumber : Independent
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang