10 tahun Yayasan Sime Darby, bukan setakat biasiswa, banyak lagi bantuan diberikan untuk belia

A
A
A

NAMA Yayasan Simbe Darby (YSD) cukup gah dalam kalangan orang kerana bukan sahaja menawarkan pembiayaan biasiswa, bahkan komited terhadap usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang berkesan selain program jangkauan serta pembangunan.

Menurut Pengerusi YSD, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, kesemua pencapaian cemerlang itu tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan dan sumbangan berterusan Sime Darby Berhad, Sime Darby Plantation Berhad dan Sime Darby Property Berhad.

“Seiring dengan slogan ‘Your foundation for the future’, kami berharap untuk terus membantu mereka yang memerlukan dan menjadi pencetus dalam perubahan dunia ke arah yang lebih baik, satu usaha pada satu masa,” katanya.

yayasan sime darby

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi YSD, Dr Yatela Zainal Abidin berkata, hanya bermula daripada beberapa orang, YSD mampu berkembang dan melaksanakan peranan untuk menjayakan lima tonggak baharu.

“Kami bersatu teguh sebagai sebuah pasukan dan saya bangga mengatakan bahawa azam kami untuk memberi kesan kepada masyarakat tidak pernah pudar menghadapi apa sahaja cabaran mendatang.

yayasan sime darby

“Selain itu, kami terus mempertahankan visi dalam menghasilkan impak yang penuh bermakna dalam masyarakat dan membawa perubahan dalam hidup mereka,” ujarnya.

Apa fakta menarik mengenai YSD ini? Berikut perkongsian pencapaian yang diraih sepanjang penubuhannya pada tahun 1982:

1. Sebanyak 4,460 biasiswa bernilai RM289.9 juta kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.

2. Lahirnya pelapis bangsa berbakat seperti Ketua Pegawai Saintifik bagi Cancer Research Malaysia (CRM), Profesor Datin Paduka Dr Soo Teo Hwang yang dianugerahkan pencapaian ‘Order of the British Empire’ (OBE).

yayasan sime darby

3. Biasiswa kepada pelajar kelainan upaya, kelompok B40 dan jurusan kemahiran dan pendidikan vokasional (TVET).

4. Lebih 1.5 juta pokok ditanam seluruh Malaysia danmenjadikan usaha penghutanan semula di Semenanjung serta habitat orang utan di Sabah satu kejayaan.

yayasan sime darby

5. Anjuran program seperti YSD Huluran Kasih, Bantuan Bencana dan Sinar Harapan, selain inisiatif bersama CRM, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Insititut Diabetes Kebangsaan, Women’s Aid Organisation dan Majlis AIDS Malaysia.

6. Pembiayaan keperluan atlet berbasikal negara Azizulhasni Awang yang telah berjaya meraih pingat gangsa pertama Malaysia dalam Kejohanan Olimpik Rio 2016.

7. YSD diiktiraf anugerah The Distinguished Patron of the Arts 2012 dan Anugerah Tokoh Seni Korporat bersempena dengan Royal Gala Awards 2014.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca