3 perkara perlu dijauhkan daripada anak kecil berumur 4 hingga 6 tahun. Ini alasan kukuh mengapa tindakan itu relevan dilakukan

A
A
A

PERKEMBANGAN fizikal dan emosi kanak-kanak sememangnya perkara yang sangat penting.

Setiap kemahiran dan pencerapan teknik komunikasi serta pembentukan salasiah mereka diukur bergantung kepada umur si manja.

Begitu juga dengan perkembangan otak anak-anak. Setiap peringkat umur mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

Menurut laman web healthline.com, otak manusia (dewasa) akan lengkap dan 'siap' pada umur 25 tahun tau!

Jadi, bagaimana pula dengan otak kanak-kanak?

Baru-baru ini, perkara itu didedahkan oleh Penulis buku keibubapaan, Dr Taufiq Razif menerusi Facebooknya.

Dr Taufiq.

Berikut perincian perkembangan otak bagi anak kecil yang sedang membesar:

i) Bayi baru lahir - 26 peratus.

ii) 1 tahun - 67 peratus.

iii) 2 tahun - 77 peratus.

iv) 3 tahun - 88 peratus.

v) 4 hingga 6 tahun - 91 peratus.

"Jadi, jika diteliti, 91 peratus perkembangan otak anak berlaku pada umur mereka 4 hingga 6 tahun.

"Itulah 'golden age' anak dan kita sudah tidak boleh berpatah balik semula (jika sudah melebihi umur dinyatakan)," kata Dr Taufiq.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ekoran situasi itu, terdapat tiga perkara yang perlu dijauhkan daripada anak kecil yang sedang melalui perkembangan otak yang optimum menurut beliau:

1. Makanan ringan atau jajan kerana ia tinggi kalori dan tidak mempunyai sebarang nilai nutrisi.

Kesannya: Boleh menjejaskan darjah kecerdasan otak (intelligence quotient) anak dan menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit kronik dan obesiti.

2. Selalu pukul dan cubit anak.

Kesannya: Otak bahagian emosi anak akan sangat aktif sehingga menyebabkan mereka mungkin menjadi semakin agresif dan sangat sukar mengawal emosi diri.

3. Selalu abaikan anak.

Kesannya: Ada kajian menunjukkan ukuran otak anak yang diabaikan akan terbentuk lebih kecil berbanding otak anak yang normal.

Sakiti dan mendera anak SEBAGAI ibu bapa, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap anak dengan sebaiknya dan jangan menyakiti mereka walaupun anak nakal.

Oleh itu, SinarPlus ingin ingatkan kepada ibu bapa di luar sana, sebaik-baiknya cubalah elak perkara-perkara tersebut jika mempunyai anak kecil terutamanya dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca