5 juadah wajib ada pada pagi lebaran, kalau tak da bukan raya namanya. Kita 'recall' balik
PEJAM celik, pejam celik, tup tup dah nak raya kita semua. Macam tak percaya jer, kan?
Hampir sebulan kita berpuasa, mesti ramai tak sabar nak jamah juadah istimewa pada pagi raya.
Paling ditunggu-tunggu, pastilah masakan air tangan ibu kesayangan yang dirindui.
Pasti semua ibu ada juadah special atau signatur hanya untuk Syawal saja.
Bagi mereka yang kehilangan orang tua tersayang dan menyambut bersama keluarga kecil, jangan bersedih.
Kalian pun boleh bersilat di dapur untuk menyediakan kulinari enak untuk santapan sekeluarga.
Tak pandai, YouTube kan ada. Zaman sekarang ni, tiada apa yang tak boleh.
Berikut pilihan makanan paling popular disajikan bagi memeriahkan suasana lebaran:
1. Ketupat nasi
- Menu paling common yang wajib ada di atas meja makan.
- Lagi enak jika sarung ketupat diperbuat daripada daun kelapa muda kerana memberikan aroma yang menyelerakan.
- Tak salah kalau nak guna ketupat segera, tapi alang-alang nak feel raya, mestilah kena pandai anyam ketupat dan masak berjam-jam lamanya.
- Sesuai dimakan dengan lodeh, rendang, ayam atau daging masak kari.
- Kalau rajin sikit, bolehlah masak sup atau soto dengan menggunakan ketupat nasi.
2. Ketupat palas
- Popular di negeri sebelah utara dan Pantai Timur.
- Lazimnya dibuat sendiri atau dibeli secara frozen dengan inti jagung, serunding atau sambal.
- Bagi mereka yang sukakan versi asli, ketupat palas lemak manis dan pulut hitam antara menjadi pilihan zaman berzaman.
- Enak dimakan begitu saja atau ditambah dengan rendang. Memang marvellous!
Baca juga Raya ni rumah kena wangi, cuba tip mudah DIY pewangi 2 bahan hilang kepam hanya sembur-sembur jer
3. Lemang periuk kera
- Juadah paling rare pada pagi raya dan kalau dapat dijamah, memang beruntung.
- Sebenarnya susah nak dapat stok kelongsong periuk kera kalau duduk di bandar, memandangkan kebanyakan penjual terdiri daripada orang asli tempatan.
- Penulis pernah menemu ramah pembikin lemang periuk kera sebelum ini pun diakui sarung tersebut susah nak dapat.
- Kalau bernasib baik, boleh usha seller di Shopee atau Lazada jika masih ada stok.
- Jangan tak percaya, kelongsong periuk kera pun ada dijual online.
4. Burasak
- Antara hidangan kegemaran orang Bugis di Johor.
- Makanan alternatif ketupat dan lemang itu sebenarnya diperbuat daripada beras dan santan.
- Selain dibungkus dengan daun pisang nipah, ia dimasak dengan kaedah rebusan hingga 12 jam lamanya.
- Kalau ikutkan kebiasaan, burasak dimakan dengan asam pedas, rendang dan ayam masak kicap. Siapa pernah cuba?
5. Tapai pulut
- Selain sate, nasi dagang dan laksam, tapai pulut antara sajian wajib ada jika berkunjung ke Pantai Timur.
- Memang tak lengkaplah raya orang Kelantan dan Terengganu kalau tiada pemanis mulut tersebut.
- Lagi enak jika dihidangkan sejuk-sejuk. Layan habis kalau dapat makan ni.
Sebenarnya banyak lagi menu raya yang dimasak khas untuk sepanjang Syawal.
Kalau nak dihimpunkan semuanya, memang tak tertulislah dalam artikel ini.
Sebenarnya, kita beruntung sebagai anak Malaysia yang dikelilingi masyarakat pelbagai bangsa dan etnik yang mempunyai makanan tradisi tersendiri.
Nak makan apa, sebut jer semuanya ada. Nak masak sendiri pun boleh, lagi berbaloi, kan?
Okey! Sudah siap ker persiapan pagi raya kalian? Jangan membazir ya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang