8 langkah mudah manfaat hujung minggu dengan mengemas rumah kurang dari 20 minit

8 langkah mudah manfaat hujung minggu dengan mengemas rumah kurang dari 20 minit
8 langkah mudah manfaat hujung minggu dengan mengemas rumah kurang dari 20 minit
A
A
A

HUJUNG minggu adalah hari-hari yang ditunggu oleh ramai orang. Mana tidaknya bagi mereka yang bekerja, hujung minggu selalunya dijadikan hari beristerirehat dan bersantai bersama keluarga di rumah. Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat.

Ada juga dalam kalangan kita yang menjadikan hari minggu peluang untuk mengemas rumah. Tapi pening juga kepala memikirkan bahagian rumah mana yang perlu dibersihkan dahulu.

Apatah lagi jika ada kawan atau saudara memberitahu akan datang berkunjung ke rumah dalam masa terdekat. Almaklum sahajalah musim raya ni kan.

Jadi, apa kata korang ikut lapan langkah mudah bersihkan rumah dengan cepat dan mudah ini kurang dari 20 minit. Pasti hati akan jadi tenang dan senang.

1. Pasang muzik

Pasanglah muzik atau lagu kegemaran supaya korang lebih fokus dan bersemangat. Menurut kajian Rune Sovndahl, co-founder Fantastic Services, dengan memasang muzik korang akan lebih fokus pada kerja-kerja yang sedang dilakukan.

2. Buka tingkap

Udara segar akan masuk dan menghilangkan bau yang kurang enak di dalam rumah. Apatah lagi jika dibersihkan pada waktu pagi, korang akan dapat udara segar dan baik untuk rumah.

3. Pakaian kotor dalam bakul

Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan rumah korang berselerak. Jika korang tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian kotor, memadai dengan memasukkan ke dalam bakul atau terus ke dalam mesin basuh buat sementara sebelum ia dikumpul kesemuanya untuk dicuci.

4. Kemas bilik tidur

AWAS! Jangan mengambil jalan mudah dengan hanya menutup pintu bilik bagi mengelakkan bilik tidur yang tidak kemas kelihatan.

Sebaliknya bersihkan bilik tidur walaupun hanya seketika. Mana tahu, tiba-tiba tetamu ingin memasuki bilik tidur anda atas alasan-alasan tertentu. Selalunya mak mentua selalu guna tektik ini dengan alasan ingin menukar pakaian atau bersolek Jaga-jaga. Haha!

5. Cuci lantai

Memang kerja ini memerlukan masa yang agak lama. Tetapi korang boleh mulakan pada bahagian yang hanya mampu dilihat oleh tetamu sahaja. Contohnya, ruang tamu dan ruang makan.

6. Bilik mandi

Ini adalah tempat wajib supaya tetamu selesa bila ingin menggunakannya. Bersihkan bahagian mangkuk tandas, tuala yang bersih dan harumkan dengan bau-bauan supaya bilik mandi lebih segar dan bersih.

7. Cuci pinggan mangkuk

Seperti lumrah dan kebiasaan yang dilakukan 'makcik-makcik bawang' akan memerhatikan gelas ketika minuman dituangkan. Jadi, pastikan korang bersihkan gelas dan pinggan mangkuk sebelum digunakan. Bukan apa elak dari kena 'bawang' pun satu hal juga. Haha!

8. Buang sampah

Selesai membersihkan rumah, jangan lupa buanglah sampah di tempat yang disediakan terutama sampah daripada hasil yang dibersihkan tadi.

Sampah yang dibiar tidak dibuang mampu mempengaruhi bau rumah. Nak nak pula sampah sisa makanan yang dah bercampur dengan sampah mengemas tadi. Busuk beb!

Perkara yang SinarPlus senaraikan tadi jika dibuat dengan cara dan langkah yang betul ia mampu selesai kurang dari 20 minit sahaja. Tak percaya? Cubalah dulu!

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca