Pandai bawa diri! Telatah Rina jadi tumpuan warganet ‘tinggal lama sikit lagi, dah boleh masak lauk satu keluarga”

No Image Caption
A
A
A

SEBELUM ini orang ramai terhibur dengan video makan anak perempuan pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam.

Malah, ada juga yang menjadikan video tersebut inspirasi dan menjadi ikutan anak-anak lain yang ada masalah memilih makan berubah sikap kepada menyukai makanan.

Kini, menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, telatah Rina sekali lagi mencuri perhatian dengan kepandaiannya menguruskan diri sendiri yang dipantau melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam perkongsian tersebut, si kecil itu dilihat lap meja setelah selesai makan dan meletakkan pinggan kotor di dalam sinki.

Perbuatan anak sulung pempengaruh berkenaan membuatkan si ayah kagum dan sempat berseloroh di kapsyen video tersebut, ‘dah boleh cari rumah sendiri’, tulis Ryzal.

No Image Caption

No Image Caption

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun masih kecil.

Selain itu, warganet turut memuji Ryzal dan Maryam dengan cara mereka mendidik Rina menjadi anak yang hebat.

the result of montessori parenting

ni kalau tinggal lama sikit lagi, dah boleh masak lauk satu keluarga

pandai nya lepas makan lap meja, bawak pinggan mangkok g sinki. baby saya kat rumah yg umur 46thn tu pun xreti buat tau

lap sisa atas meja? masukkan kerusi? cuci pinggan terus lepas makan? Some GROWN ADULTS pun nak kena gaduh untuk buat ni. MaryamRyzal pls beranak reramai keturunan bijak rajin camni

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang