Aidiladha : Kemeriahan perayaan kembali dirasai, patuhilah SOP!

Aidiladha : Kemeriahan perayaan kembali dirasai, patuhilah SOP!
Aidiladha : Kemeriahan perayaan kembali dirasai, patuhilah SOP!
A
A
A

SAMBUTAN Aidiladha kali ini lebih bermakna bagi umat Islam di negara ini kerana masing-masing dapat meraikannya bersama keluarga di kampung halaman serta menjalani ibadah korban dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sudah tentu perantau yang pulang ke kampung halaman akan memanfaatkan saat-saat manis ini bersama ahli keluarga berikutan perayaan Aidilfitri yang lalu rentas negeri tidak dibenarkan disebabkan kes Covid-19 masih tinggi ketika itu.

Namun di sebalik peluang dan nikmat yang diberikan itu, kita juga perlulah beringat bahawa pandemik Covid-19 masih belum berakhir dengan kes positif juga tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Petugas hadapan masih lagi bertungkus-lumus ketika ini merawat pesakit Covid-19 di hospital, jangan bebankan mereka dengan penambahan kes positif, kawalan kendiri memainkan peranan penting maka sentiasalah mengingati satu sama lain mengenai SOP yang ditetapkan kerajaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semalam turut memperincikan segala SOP mengenai sambutan Aidiladha kali ini.

Antaranya adalah hadkan jumlah yang hadir di tempat penyembelihan iaitu tidak melebihi 20 orang bagi seekor lembu, kenduri di tempat ibadah korban tidak dibenarkan, selesai sahaja memotong dan membahagikan daging korban, segeralah pulang ke rumah masing-masing.

Saudara-mara yang datang ke rumah pula tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa termasuk elakkan bersalaman.

Tuan rumah juga perlu bersikap jujur dengan memaklumkan kepada sanak-saudara, rakan dan jiran tetangga jika terdapat ahli keluarga sedang menjalani kuarantin.

Janganlah ambil mudah dan bersikap penting diri, hargailah jasa mereka yang berkerja keras melandaikan virus maut itu dalam negara ini. Pastikan menggunakan pencuci tangan dan memakai pelitup muka.

Marilah bersama-sama mencegah Covid-19. Selamat Hari Raya Aidiladha!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca