Alhamdulillah, pemakaian baju sukan sekolah diteruskan bagi sesi 2024/2025, 5 info perlu tahu
PEMAKAIAN baju sukan ke sekolah akan diteruskan bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang bakal bermula Mac ini.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi Amanat Tahun Baharu 2024.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pemakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu.
Berikut lima info berkaitan para ibu bapa perlu tahu:
1-Fadhlina berkata kelonggaran pemakaian baju sukan yang ketika ini dibenarkan di fasiliti KPM.
2-Ia diteruskan selama dua hari manakala sehari lagi ditetapkan untuk pemakaian seragam kokurikulum.
3-Ujarnya lagi, kementerian akan memaklumkan surat pekeliling mengenai hal itu.
Baca juga: Uniform, kasut sekolah ketat. KPM saran baju biasa asal kemas, sopan sehingga hujung tahun
4-Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin pada 3 Oktober 2021, memberikan kelonggaran kepada murid-murid untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah jika pakaian mereka sudah tidak muat.
5-Kemudian, arahan pemakaian baju sukan dibuat sekali lagi oleh KPM pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana.
Susulan itu, warga maya menyambut baik keputusan yang diumumkan dan berharap ia mampu menjimatkan perbelanjaan pembelian baju seragam sekolah.
- " Terbaiklah KPM, keputusan yang dialu- alukan."
- "Dua kali seminggu sahaja, jadi tak perlu beli banyak pasang baju sekolah baru. Banyakkan baju sukan dan track suit."
- "Alhamdulillah, memudahkan kerja mak-mak."
- "Anak-anak lebih selesa bergerak jika berbaju sukan. Bagi anak-anak di asrama, tak payah buang masa iron baju banyak."
Sumber: Sinar Harian (TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN) , Facebook SinarPlus, Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang