Azam baharu 2024 baiki diri. Dr Fadzilah Kamsah kongsi 35 tip bangkit, berubah lebih baik
TAHUN 2023 akan melabuh tirai dalam tiga hari lagi, segala pahit dan manis telah ditempuhi.
Jadi apakah azam tahun baharu 2024 nanti?
Perbaiki diri perlu menjadi salah satu azam bagi merubah diri kepada versi lebih baik dan positif.
Ini dikongsikan ilmu daripada pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah iaitu cara untuk memperbaiki diri serta-merta
“Anak cucu tok abah, jadikan senarai ini ‘checklist’ kehidupan kita mulai hari ini.
“Setiap perkara nampak kecil tetapi besar impaknya pada kehidupan dan dunia kamu kelak,” katanya menerusi Instagram.
35 cara perbaiki diri seperti berikut:
1. Solat awal waktu.
2. Solat taubat setiap hari.
3. Set matlamat hidup.
4. Baca buku 10 mukasurat sehari.
5. Jangan menghukum orang.
6. Makan makanan berkhasiat.
7. Cintai diri sendiri.
8. Bangun dua jam lebih awal.
9. Menulis jurnal harian.
10.Tinggalkan tabiat buruk.
11. Sentiasa tanya maklum balas orang.
12. Belajar kemahiran baharu setiap hari.
13. Percaya dengan diri sendiri.
14. Mulakan rutin baharu setiap hari.
15. Rancang strategi baharu.
16. Sentiasa lihat perspektif berbeza.
17. Belajar melabur.
18. Jangan buat alasan.
19. Jangan bertangguh!
20. Rekod dan semak kewangan
21. Fokus positiviti.
22. Belajar bahasa baharu.
Baca juga:7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas
23. Persoalkan setiap benda yang kita teringin.
24. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
25. Fokus satu hal dalam satu masa.
26. Perhati kelemahan diri dan perbaiki.
27. Tinggalkan zon selesa kita.
28. Tukar persekitaran sosial kita kepada yang lebih positif.
29. Bina rutin senaman yang bersepadu.
30. Mulakan hidup dengan lebih tersusun.
31. Buat surat kepada 'versi masa depan kamu'.
32. Tonton video yang bermanfaat selalu.
33. Buat senarai matlamat hidup.
34. Tolong orang walaupun kecil.
35. Berhenti dari melakukan hal sia-sia.
Baca juga:Pemurah, jaga perkataan, Dr Fadzilah Kamsah dedah kebaikan Adibah Noor wajar dicontohi
Tambah Mohd Fadzilah, setiap individu perlu sentiasa yakin dan bersemangat untuk berusaha bangkit dengan perubahan yang lebih baik pada 2024.
Yang penting, jangan berputus asa ketika menghadapi dugaan dan cabaran kerana ia merupakan pengalaman hidup yang akan mendewasakan kita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang