PENYANYI Alif Satar menjadi perhatian warga maya selepas diusik Pakar Motivasi, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang memetik namanya sebagai lelaki yang budiman.

Menerima 22,000 tanda suka, ciapan Fadzilah di laman sosial X itu memuji pelakon dan penyanyi itu seperti apa disuarakan pengguna media sosial lain.

“Benarlah, para lelaki yang bernama Alif ni, ujiannya luar biasa sedikit.

“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar jer yang Tok Abah berkenan.

“Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.

“Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!” katanya.

Warga maya lain menambah personaliti dan pembawaan diri Alif yang memenangi hati ramai.

Baca juga: Aisyah Hijanah dimadu ketika hamil 5 bulan, anggap suami pinjaman ALLAH, ujian terhadap doa syurga tanpa hisab

Ujar mereka:

-“Betul. Bila jaga agama, berbuahlah akhlak yang baik!”

-“Alif Satar sibuk ajak subuh di masjid Tok Abah, bukan ajak bina masalah . Bagus memang wajib contohi.”

-“Setuju.”

-“We stand with the unproblematic Alif.”

– “Selebriti bernama Alif Satar paling positif di Malaysia. Gosip pun tak pernah ada.”

Iklan

Baca juga: Bawa isteri naik motor Harley Davidson, ramai terinspirasi dengan Alif Satar

alif satar

Baru-baru ini pempengaruh Alif Teega menjadi perhatian ramai selepas mengahwini isteri kedua ketika isterinya, Aisyah Hijanah sedang hamil lima bulan.

Setakat artikel ini dimuat naik, Alif muncul trending dengan lebih 56,500 hantaran di laman sosial X.

Iklan

Alif Teega yang banyak berkongsi tip keluarga dan kebahagiaan rumah tangga menerusi Instagram mengesahkan perkara berkenaan kepada umum bagi mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri serta keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!