Bahayanya! Lelaki lembut ditemui mati selepas ambil suntikan besarkan otot punggung
RAMAI yang hanya mahu tampil cantik dan 'macho' akan taasub mendapatkan suntikan 'tambahan' seperti steroid, protein dan lain-lain walaupun berisiko mendapat penyakit berbahaya.
Waspada! Silap ambil suntikan tersebut umpama bunuh diri.Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Seperti yang terjadi kepada seorang lelaki yang baru mendapatkan suntikan daripada peniaga kosmetik bagi membesarkan otot punggung membawa padah apabila ditemui meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan, Perak kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri, ini kejadiannya;
1. Lelaki berperwatakan lembut berusia 31 tahun itu datang ke hotel berkenaan bersama rakan pada 9 pagi bagi mendapatkan suntikan daripada seorang wanita dari Melaka dengan kos sebanyak RM500 (S$160).
2. Si mati meminta izin untuk berehat di dalam bilik kerana merasa penat selepas selesai suntikan pada kira-kira pukul 12 tengah hari sambil ditemani rakannya manakala wanita itu keluar dari hotel untuk pulang ke Melaka.
3. Si mati kemudian disedari tidak bernafas ketika terbaring pada kira-kira 3 petang sebelum rakannya menghubungi wanita itu yang datang semula ke hotel dan mendapati lelaki berkenaan sudah tidak bergerak.
4. Pihak polis segera ke hotel tersebut sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian itu.5. Polis menemui si mati terbaring di atas katil dengan memakai baju dan tuala serta bertutup dengan selimut.
6. Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir bersama ambulans dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
Baca juga Berlumuran darah, seluar terlondeh, tular video lelaki bergelut di tepi jalan
7. Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan paru-paru bengkak dan berair namun setakat ini, doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian akibat suntikan yang diambil si mati.
8. Beliau berkata tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).
Hati-hati korang, suntikan tambahan berisiko kepada kesihatan masa depan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang