Berlumuran darah, seluar terlondeh, tular video lelaki bergelut di tepi jalan

A
A
A

TULAR di laman sosial hari ini video memaparkan dua lelaki sedang bergelut di tepi jalan raya.

Kelihatan salah seorang daripadanya berlumuran darah.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Pengguna media sosial mendakwa salah seorang lelaki itu merupakan pemandu e-hailing yang menjadi mangsa samun.

Menerusi beberapa video yang tular turut kelihatan pergelutan antara satu sama lain juga menyebabkan seluar lelaki berbaju kuning terlondeh.

Berlumuran darah, seluar terlondeh, tular video lelaki bergelut di tepi jalan

Mangsa yang berlumuran darah kemudiannya terjatuh atas jalan raya sebelum lelaki berbaju hitam bertindak memecut kereta Proton Saga.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya mengesan beberapa buah video tular di laman Facebook berhubung kejadian samun tersebut.

Baca juga Sektor pelancongan mungkin dilonggarkan lagi jika 'booster' selesai, berikut 9 info ringkas mengenainya

Ujarnya, seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun yang berlaku di Sentul hari ini.

Katanya, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul serta kereta jenis Proton Sagan turut ditemui.

Eng Lai turut berkata, suspek yang berusia 23 tahun itu akan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut dan kenyataan lengkap berhubung kejadian berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca