Berita baik! Kolesterol tinggi minum air halba, saintis ajar mudah rendam dalam air panas, namun perlu hati-hati

A
A
A

SEBUT sahaja halba, masing-masing akan teringatkan nasi dagang atau nasi lemak. Tidak hanya berfungsi sebagai rempah penyedap yang mengharumkan sajian, rupanya banyak lagi fungsi lain halba. Doktor dedahkan ia juga boleh menambah susu ibu dan menurunkan paras kolesterol!

Umum maklum masalah kolesterol tinggi faktor utama masalah sakit jantung, penyebab serangan jantung dan 'ibu' segala masalah kesihatan yang mengakibatkan strok, kencing manis serta darah tinggi.

Selain diet seimbang dan gaya hidup sihat, tak salah untuk menurunkan kolesterol dengan petua ini.

Saintis, Dr Suri Roowi, Ph.D KMN menjelaskan biji halba boleh membantu mengatasi masalah kencing manis dan menurunkan paras kolesterol.

Baca juga: Umur lebih 50 tahun tapi belum tumbuh uban, rahsianya guna daun kari dengan yogurt je. Rambut pun hitam berkilat!

Kredit foto: Pexels

"Halba mengandungi bahan berkhasiat utama iaitu 4-hidroksi-isoleusin, trigonellin dan diosgenin.

"Pengambilan biji halba pada kadar lima gram sehari lebih menampakkan kesan. Biji halba lebih berkesan jika dibancuh bersama air panas berbanding dicampur ke dalam masakan berlemak contohnya kari," katanya.

Lazimnya kita akan memasukkan halba ke dalam masakan seperti nasi lemak atau nasi dagang. Tapi rupanya ia menyebabkan kebaikan dalam halba kurang berkesan.

Tidak hanya itu. Dr Suri berkata kesan penyembuhan halba dalam masakan berlemak juga tidak konsisten.

Baca juga: Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan

Kredit foto: Freepik

Berita baik untuk para ibu yang menyusukan bayi, rempah ini boleh menambah penghasilan susu badan.

"Saintis kajian juga menunjukkan biji halba boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.

"Bagaimanapun penggunaan halba tidak disarankan dikalangan ibu-ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan keguguran," katanya.

Selain itu terdapat juga kajian menunjukkan pengambilan halba boleh kurangkan saiz pembentukan batu hempedu.

Kajian ke atas tikus mendapati pemberian enam peratus halba kurangkan saiz pembentukan batu hempedu kepada 55 peratus, manakala pemberian 12 peratus halba kurangkan saiz pembentukan batu hempedu kepada 41 peratus.

Walaupun halba mempunyai pelbagai khasiat, pesakit kanser perlu berwaspada.

"Biji halba mengandungi diosgenin iaitu sejenis bahan yang mempunyai struktur kimia yang hampir sama dengan hormon estrogen manusia.

"Kajian halba ke atas sel kanser yang diterbitkan dalam jurnal Indian Journal of Medical Research pada Jun 2010 menunjukkan ekstrak biji halba boleh meningkatkan pertumbuhan sel-sel kanser, tetapi ia perlukan kajian lanjut.

"Justeru, pesakit kanser perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan biji halba," katanya.

Lima info halba

Kredit foto: Pixabay

1-Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

2-Ia ditanam di seluruh dunia. Selain biji, daunnya juga memiliki pelbagai kegunaan.

3-Halba sering digunakan untuk pelbagai masakan seperti kari.

4-Perkataan 'halba' berasal daripada bahasa Arab iaitu 'Hilbeh' (حلبة).

5-India merupakan pengeluar terbesar halba di dunia. Negara pengeluar lain ialah Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China.

Baca juga: Hati-hati, pedih ulu hati kemungkinan serangan jantung

Sumber: Dr Suri Roowi

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca