Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya
Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya
KEBANYAKAN wanita memang menggemari perhiasan emas.Bila ada design baru mesti nak membelinya untuk koleksi ataupun tukar baru.
Sesetengahnya pula, lebih selesa memakai mana yang ada. Namun bila dipakai barang kemas buat basahan harian, memang 24 jam akan melekat kat tangan, leher atau di jari, cuba perhatikan barang kemas tu. Nampak berkilat ke tidak?
Wanita pencinta emas tentu nak barang kemas lama jadi berkilat macam baru kan?
Boleh cuba kaedah-kaedah DIY ni, mudah dan jimat sangat. Jimat masa, tak payah susah-susah keluar rumah cari parking, dapat jimat duit minyak kereta dan tak payah nak cari kedai upah cuci.
Kalau korang tahu, sebenarnya kita boleh je cuci emas di rumah untuk bersihkan dari kotoran dan peluh supaya berkilat semula.
Caranya boleh guna perkongsian Bunga Yanie yang berpengalaman bekerja di kedai emas selama 13 tahun ini.
"Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.
"Cara betul cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas korang tak akan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas," kongsinya di Facebook.
Baca juga Alamak barang kemas mula menghitam! Jangan bimbang berikut ada cara pembersihannya…
Langkah-Langkah;
1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo. Tuang air ke dalam periuk.
2. Masukkan barang kemas ke dalam air sabun tadi dan buka api.
3. Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan nampak kotoran terapung. Kemudian, boleh tutup api.
4. Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih. Sental guna berus gigi dan bilas.
Baca juga Bersinar macam baru beli, ini 3 cara selamat cuci barang kemas sendiri
5. Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.
Siap! Boleh pakai semula barang kemas ini.
Senang saja kan. Selamat mencuba. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Bunga Yanie
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang